Input your search keywords and press Enter.

FGV: Tuduhan AS Tidak Berasas

M Update, 1/10/2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) menyangkal dakwaan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) menerusi Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap minyak sawit dan produk komoditi yang dihasilkan adalah tidak munasabah. FGV dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya kecewa dengan keputusan…

COVID19: Semua Negeri Kini Berada Dalam Zon Kuning

M Update, 1/10/2020 – Semua negeri kembali merekodkan kes baharu semalam dan kelmarin, sekali gus tiada lagi negeri dalam senarai Zon Hijau berdasarkan klasifikasi kawasan COVID-19. Kebanyakan kes baharu direkodkan membabitkan individu yang baru pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 11,224 kes dengan jumlah…

MBSA Tawar Diskaun Kompaun 50 Peratus Sepanjang Oktober

M Update, 1/10/2020 – Orang Kena Kompaun (OKK) di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menikmati pengurangan kompaun sehingga 50 peratus sepanjang Oktober ini. MBSA akan melaksanakan Kempen Pengurangan Kompaun itu bersempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-20 untuk memberi peluang kepada OKK menyelesaikan tunggakan kompaun…

Dakwa Buruh Paksa: AS Sekat Produk Sawit Keluaran FGV Malaysia

M Update, 1/10/2020 – Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) bakal mengharamkan minyak sawit dan produk komoditi itu yang dihasilkan FGV Holdings Berhad, anak syarikatnya dan sebarang usaha sama dengan syarikat itu di semua pintu masuk negara itu, berkuat kuasa 30 September. CBP mengarahkan penerbitan Perintah Pelepasan…

METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia Dilancarkan

M Update, 30/9/2020 – Dalam usaha untuk memacu pengkomersialan nanoteknologi Malaysia, Energy Transmission Technology, atau dikenali sebagai METT – pengecas telefon mudah alih tanpa wayar pertama di Malaysia di lancarkan semalam oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. METT berasaskan kuasa 5V berkeupayaan mengecas tanpa sentuhan pada jarak…

Hajiji Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Ketua Menteri Sabah

M Update, 30/9/2020 – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, hari ini. Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan…

Emir Kuwait Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

M Update, 30/9/2020 – Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun di Hospital Saint Mary, Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) semalam. Adik tirinya, Putera Sheikh…

Individu Negatif, Tidak Bergejala, Bukan Kontak Rapat Tidak Wajib Kuarantin – KP Kesihatan

M Update, 30/9/2020 – Mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi COVID-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang berkenaan dinasihatkan menjalani…

PERHATIAN! Pelanggan Restoran Sri Utara, Anjung Ketam Labuan Diarah Jalani Saringan COVID-19

M Update, 30/9/2020 – Semua pelanggan dan pengunjung dua premis makanan iaitu Restoran Sri Utara dan Anjung Ketam, di sini pada 18 dan 19 Sept lepas diarah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Membedai atau Labuan dengan segera. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata ia susulan ada individu yang mengunjungi dua restoran itu yang masing-masing terletak di…

Maqasid Syariah Jadi Prinsip Panduan Usaha Lawan COVID-19 – PM

M Update, 29/9/2020 – Maqasid syariah menjadi prinsip panduan dalam menggerakkan usaha kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19, biarpun pada zahirnya ia tidak diuar-uarkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri berkata, tema ‘Malaysia Prihatin’ yang menjadi aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kesihatan rakyat terpelihara daripada ancaman wabak COVID-19…