Input your search keywords and press Enter.

Keputusan UPSR Boleh Diperoleh 21 November Ini

M Update, 11/11/2019 – Murid Tahun Enam boleh mengambil dokumen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 pada 21 November ini di sekolah masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu kenyataan berkata, calon terbabit boleh mengambil dokumen itu bermula 10 pagi atau…

Azmin : Koridor Ekonomi Baharu Bermula Dari Bandar Malaysia Ke Johor Tahun Depan

M Update, 11/11/2019 – Kerajaan akan mewujudkan koridor ekonomi baharu yang menghubungkan antara Bandar Malaysia di Kuala Lumpur hingga ke Johor, bermula tahun depan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu bagi membangunkan pekan kecil di antara daerah sekali gus melonjakkan ekonomi kawasan berkenaan. Katanya,…

Pemandu Audi Berlagak Samseng Sudah Ditahan

M Update, 11/11/2019 – Polis sudah menahan pemandu Audi putih yang dikatakan menghalang seorang pemandu wanita mengandung tujuh bulan sambil menunjukkan tanda lucah, selain merakam gambar mangsa. Dalam kejadian jam 8.30 pagi Jumaat lalu dan videonya tular di Facebook hari ini, kedengaran mangsa berusia 26 tahun menangis ketakutan akibat tindakan…

Hospital Rembau : Wad Kecemasan, Bersalin Dijangka Beroperasi Disember Ini

M Update, 11/11/2019 – Wad kecemasan dan wad bersalin Hospital Rembau di Rembau, dijangka akan beroperasi lebih awal iaitu bulan hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bagaimanapun keseluruhan hospital yang akan menjadi hospital kluster kepada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hanya akan beroperasi sepenuhnya awal Januari…

Denda RM20,000 Jual Spesies Ikan Dilindungi

M Update, 8/11/2019 – Enam spesis baharu ikan yu dan dan pari disenaraikan antara dilindungi bermula tahun ini. Spesies itu adalah yu sirip putih besar atau nama saintifiknya Carcharhinus longimanus, yu tukul (Sphyrna zygaena), yu tukul parang (Sphyrna mokarran), yu tukul palang (Eusphyra blochii) dan dua spesies pari iaitu pari…

Hina Islam : Suri Rumah Hadapi Enam Tuduhan

M Update, 8/11/2019 – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, atas enam pertuduhan membuat penghantaran jelik di Facebook yang menghina Islam. Fadhilah Abdulhamid, 42, yang juga orang kena saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Februari hingga 4 Mac pada waktu berbeza. Bagaimanapun, wanita terbabit…

Kementerian Sumber Manusia Perincikan 693,305 Kekosongan Jawatan

M Update, 8/11/2019 – Kementerian Sumber Manusia hari ini memperincikan kekosongan pekerjaan di seluruh negara membabitkan 693,305 jawatan, iaitu 50,326 bagi siswazah dan 642,979 kategori pekerjaan bukan siswazah. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan, berkata berdasarkan statistik Portal JobsMalaysia, kekosongan aktif bagi kategori tinggi sehingga 31 Ogos 2019 ialah pengurusan…

Tertuduh Ketiga : ‘Abdoul Hakeem suruh saya buat sekali’

M Update, 8/11/2019 – “Abdoul Hakeem suruh saya ‘buat sekali’ tetapi saya terkejut dengar jeritan Zulfarhan, saya terus lepaskan seterika wap di meja,” kata tertuduh ketiga perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Pada prosiding itu,…

Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dipukul

M Update, 8/11/2019 – Seorang pelajar pusat tahfiz di Lanchang di sini maut dipercayai dipukul selepas ditemui dalam keadaan lemah dengan kesan lebam pada badan di asramanya semalam. Pelajar lelaki yang berusia 7 tahun itu ditemui wardennya kira-kira jam 1 tengah hari dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk rawatan…