M Update, 07/01/2021 – Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk pagi ini berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat. Bagaimanapun, keadaan banjir di Johor dan Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan di PPS. Di Pahang jumlah mangsa banjir terus meningkat…
M Update, 07/01/2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor. Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada…
M Update, 06/01/2021 – Tanah runtuh sepanjang 100 meter menyebabkan Jalan Kenyir-Felda Aring, di sini ditutup kepada semua kenderaan sejak tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hujan lebat sejak semalam selain aliran air yang deras menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh. Beliau…
M Update, 06/01/2021 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan pihak berkuasa supaya lebih proaktif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap di pedalaman. Seri Paduka bertitah, baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca beberapa status meminta pertolongan dimuat…
M Update, 06/01/2021 – Penduduk di sekitar Sungai Golok diminta bersedia bagi menghadapi banjir gelombang ketiga susulan paras air melebihi paras bahaya, hari ini. Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 10 pagi ini, paras air Sungai Golok mencatat bacaan 9.80 meter melebihi tahap bahaya, iaitu sembilan meter. Ketua Balai Bomba Rantau…
M Update, 06/01/2021 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah membuat pemantauan di dua daerah di negeri ini berikutan beberapa kawasan rendah mula ditenggelami air dari sungai berhampiran. APM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan dua daerah berkenaan ialah Tenom dan Beaufort melibatkan 23 kampung namun tiada mangsa dipindahkan ke…
M Update, 06/01/2021 – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta halaman rumahnya sebelum kejadian…
M Update, 06/01/2021 – Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan, manakala keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan. Di Pahang, situasi banjir bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 pusat pemindahan mencatatkan…
M Update, 05/01/2021 – Bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh, orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata melalui aplikasi itu, terdapat 1,500 kawasan di seluruh negara yang dipaparkan data berkaitan seperti aras air sungai semasa dan info banjir secara…
M Update, 05/01/2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kolej Vokasional Kota Tinggi, hari ini. Muhyiddin tiba di PPS berkenaan jam 12 tengah hari diiringi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, yang juga…