Input your search keywords and press Enter.

Tag

Hukuman Mati

Dua Wanita Dihukum Mati Kerana Dadah

M Update, 31/10/2019 – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua wanita atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 294.9 gram, tiga tahun lalu. Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh Zawani Zulkifli, 33, dan…

Bapa bunuh lima anak terima hukuman mati

M Update, 14/06/2019 – Seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan membunuh lima anaknya dijatuhi hukuman mati semalam, walaupun selepas isterinya membuat rayuan kepada juri. Peguam kepada Timothy Jones, 37, dalam hujah pembelaan menegaskan bahawa tertuduh adalah seorang pesakit skizofrenia dan tidak sihat untuk menjalani perbicaraan. Jones disabitkan dengan kesalahan membunuh…

Pembunuh bersiri Jerman rayu hukuman mati

M Update, 12/06/2019 – Seorang pembunuh bersiri prolifik yang dihukum bunuh kerana melakukan 85 pembunuhan dalam sejarah pasca peperangan di Jerman mengemukakan rayuan mengenai keputusan itu. Bekas jururawat, Nils Hoegel, 42, disabitkan bersalah hujung minggu lalu kerana membunuh pesakit yang dipilih secara rawak dengan menggunakan suntikan maut. Pembunuhan itu dilakukan…

Filipina cadang laksana semula hukuman mati

M Update, 10/05/2019 – Presiden Rodrigo Duterte dijangka terus mengukuhkan cengkamannya pada pilihan raya pertengahan penggal minggu depan, membuka jalan kepada pelaksanaan semula hukuman mati dan meneruskan ikrarnya menulis semula Perlembagaan. Duterte dikenali di peringkat antarabangsa kerana celupar tetapi amat popular dalam kalangan rakyat Filipina yang sudah jemu dengan ahli…

Brunei Batal Laksana Hukuman Mati Kes Homoseks

M Update, 06/05/2019 – Sultan Brunei melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global termasuk dari kalangan selebriti seperti George Clooney dan Elton John. Negara terkecil di Asia Tenggara itu mencetuskan kemarahan, selepas melaksanakan undang-undang syariah, 3 April lalu, dengan memperkenalkan hukuman rejam sampai…

Lelaki Dihukum Mati, Bunuh Remaja Albino Di Malawi

M Update, 06/05/2019 – Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Malawi kerana membunuh seorang remaja albino, hukuman pertama di negara yang menyaksikan serangan dan pembunuhan golongan albino semakin meningkat. Willard Mikaele, 29, didapati bersalah membunuh Mphatso Pensulo, 19, di daerah selatan Thyolo pada 2017. “Dia merancang membunuh remaja…

Pelancong Boleh Dihukum Mati Jika Ambil Swafoto Di Pantai Phuket

M Update, 09/04/2019 – Pelancong diberi amaran, mereka mungkin dijatuhi hukuman mati kerana mengambil swafoto di sebuah pantai popular Thailand terkenal kerana pertembungan amat hampir dengan pesawat. Timbalan Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Wichit Kaeothaithiam baru-baru ini memaklumkan akhbar Bangkok Post, mengambil gambar di Pantai Mai Khao yang terletak berhampiran…

Hukuman mati mandatori diganti hukuman mati atas budi bicara mahkamah

M-Update,13/3/2019, KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman mati atas budi bicara mahkamah bagi sembilan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti. Lebih Berat) 1971. Justeru, katanya, kerajaan tidak ada cadangan untuk memansuhkan hukuman mati bagi mana-mana undang-undang yang ada di…