Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Penerangan Malaysia

PM Umum Pakej PERMAI RM15 Bilion, Lindungi Ekonomi & Rakyat Ketika COVID-19

M Update, 18/01/2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Muhyiddin berkata pakej bantuan PERMAI yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak COVID-19, memelihara…

Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Bayar Baki Tunggakan PTPTN

M Update, 18/01/2021 – Kerajaan Sarawak akan membantu anak negeri membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak sebagai mengotakan janji pemberian insentif sebelum ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan…

Penjawat Awam Ingkar PKP Bakal Dikenakan Tindakan – KSN

M Update, 18/01/2021 – Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman. Itulah peringatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kepada 1.6 juta penjawat awam sekiranya mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini. Beliau berkata tindakan undang-undang diputuskan kerajaan tidak akan terkecuali kepada…

Banjir : SESB Sediakan Pasukan Teknikal 24 jam Baiki Sebarang Kerosakan Bekalan Elektrik

M Update, 18/01/2021 – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyediakan pasukan teknikal 24 jam bagi membaiki sebarang kerosakan kepada bekalan elektrik termasuk menggerakkan set janakuasa bergerak ke lokasi terjejas banjir pada bila-bila masa diperlukan.  Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB Norhizami Abu Hasan berkata SESB akan mengambil langkah menghentikan bekalan elektrik sementara waktu di lokasi-lokasi…

Kenaikan Harga Sayur Akibat Musim Banjir

M Update, 18/01/2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di sekitar bandar ini. Ia berikutan bekalan sayur berkurangan akibat musim banjir belum pulih sepenuhnya khususnya dari Cameron Highlands. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang, Mohd Koma Shapii berkata, kenaikan…

COVID-19 : Kesan Kontak Rapat Pesakit COVID-19 Antara Cabaran Awal Petugas KKM Tangani Pandemik

M Update, 18/01/2021 – Setiap kali berhadapan dengan kes positif COVID-19, antara perkara yang paling mencabar ialah mengesan kontak rapat pesakit, yang adakalanya mencecah ribuan orang bermula hanya dari seorang pesakit. Bagaimanapun, menjadi tugas dan langkah awal yang penting untuk dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengekang penularan wabak itu daripada…

Kesihatan, Ekonomi Antara 6 Kluster Utama Pastikan Pengurusan Darurat Berjalan Lancar

M Update, 18/01/2021 – Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat pada Sabtu. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kewujudan enam kluster itu bertujuan menyelaraskan kesemua agensi dan kementerian terlibat dalam memastikan pengurusan darurat di…

Malaysia Antara Negara Terawal Di Dunia Gunakan RTK-Ag – PM

M Update, 18/01/2021 – Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia  yang menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas dan kit berkenaan dinilai oleh  Makmal Kesihatan Awam…