Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Penerangan Malaysia

Fenomena Musim Tengkujuh Dijangka Hingga Mac

M Update, 04/01/2021 – Fenomena Monsun Timur Laut yang kini sedang melanda beberapa buah negeri dijangka berterusan sehingga akhir Mac ini dengan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, fenomena itu yang turut dikenali sebagai musim tengkujuh boleh mencecah…

Jangan Tular Gambar & Video Lama Kejadian Banjir Besar

M Update, 04/01/2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video lama kejadian banjir besar, ketika beberapa negeri kini, dilanda musim tengkujuh. Beliau berkata tindakan menularkan gambar atau video lama seperti kejadian banjir besar pada 2014 boleh menimbulkan situasi panik…

Banjir : Mangsa Banjir Di Pahang Melebihi 10,000 Orang

M Update, 04/01/2021 – Jumlah mangsa banjir di seluruh Pahang kini melebihi 10,000 orang menjelang tengah hari. Sehingga jam 2 petang tadi, kira-kira 10,865 penduduk daripada 3,282 keluarga dipindahkan ke 198 pusat pemindahan sementara di sembilan daerah. Kuantan masih kekal daerah paling terjejas teruk dengan 3,276 orang daripada 882 buah…

Banjir : Peniaga Bimbang Hilang Punca Pendapatan

M Update, 04/01/2021 – Ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, golongan peniaga paling terkesan terutama peniaga kecil-kecilan yang bimbang hilang punca pendapatan akibat hujan berterusan. Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Sentosa Persiaran, Masai, di sini, Roszita Mohd Nasir, 38, berkata beliau terpaksa menanggung kerugian kerana barang basah dan kering untuk masakan yang disimpan di rumahnya semua musnah akibat terendam dalam…

Banjir : 13 Jalan Utama Di Kota Tinggi Ditutup

M Update, 04/01/2021 – Sebanyak 13 jalan utama di sini, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 meter (m). JKR Johor dalam kenyataannya berkata, semua 13 laluan itu ditutup sejak jam 9 pagi tadi. Laluan yang terjejas dan ditutup sepenuhnya itu termasuklah Jalan Kota Tinggi-Mersing…

Produk Import : KPDNHEP Cadang Guna Sistem Kod QR

M Update, 31/12/2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan penggunaan sistem Kod QR pada produk import bagi menangani ketirisan di pintu masuk negara dan mengelak isu seperti kartel daging import berulang. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata ia bagi memudahkan pegawai berkaitan mengesan daging atau…

MB Pahang Sumbang Bantuan Kepada Petugas Barisan Hadapan

M Update, 31/12/2020 – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menyumbangkan kira-kira 12,000 pelitup muka dan keperluan makanan kepada lebih 200 petugas barisan hadapan yang digerakkan untuk menangani Kluster Tembok Mempaga di Penjara Bentong. Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh…

Agong & Permaisuri Zahir Harapan Tahun Baharu 2021, Negara Pulih Dari COVID-19

M Update, 31/12/2020 – Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana…

COVID-19 : Perang Belum Tamat, Kian Sengit – Dr Noor Hisham

M Update, 31/12/2020 – Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.…