Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Perdana Menteri

COVID-19 : Stadium Tertutup Sibu Dijadikan Pusat Kuarantin

M Update, 11/01/2021 – Sebanyak 80 unit khemah khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) siap dipasang di Stadium Tertutup Sibu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai persediaan awal untuk dijadikan pusat kuarantin tambahan bagi pesakit Covid-19. Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata, pembukaan…

SPM : Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi – NUTP

M Update, 11/01/2021 – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini. Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan…

ATM Akan Teruskan Op Murni, Bantu Mangsa Banjir Terjejas

M Update, 11/01/2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Murni bagi membantu mangsa banjir sehingga berakhir musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata fasa seterusnya operasi berkenaan akan membabitkan tugas pascabanjir seperti membantu mangsa banjir kembali ke kediaman mereka dan pembersihan…

Banjir : Jangan Ingkar Arahan Berpindah!

M Update, 08/01/2021 – Penduduk Kelantan yang terjejas dengan banjir perlu berpindah segera ke pusat pemindahan sementara yang disediakan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Shafien berkata sikap segelintir penduduk yang berdegil dan enggan berbuat demikian boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku selain menyukarkan pihak berkuasa menjalankan tugas. “Jangan sampai pihak berkuasa terpaksa mengambil…

COVID-19 : Majikan Perlu Sediakan Pusat Kuarantin Pekerja Asing Positif

M Update,08/01/2021 – Majikan perlu menyediakan pusat kuarantin untuk mengasingkan pekerja asing mereka yang disahkan positif COVID-19, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kos perbelanjaan perubatan serta penyaraan pekerja asing semasa tempoh pengasingan tersebut turut dibiayai oleh majikan masing-masing. Majikan juga digesa…

Banjir : Penyeludup Ambil Kesempatan Redah Sungai Golok

M Update, 08/01/2021 – Keadaan paras air yang meningkat akibat banjir yang berlaku di Kelantan diambil kesempatan oleh penyeludup untuk melintasi sempadan Sungai Golok, Thailand-Kelantan bagi menjalankan aktiviti haram mereka. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar yang mendedahkan perkara itu…

APMM Tahan Kapal Dagang Bersauh Tanpa Kebenaran Di Port Dickson

M Update, 08/01/2021 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal dagang yang berdaftar di Mongolia kerana bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 3.9 batu nautika barat barat Pulau Arang-Arang, Port Dickson, semalam. Pengarahnya Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata kapal dagang MV Bistari itu ditahan sekitar…

Semua Guru Pulang Ke Sarawak, Wajib Jalani Kuarantin

M Update, 08/01/2021 – Semua guru yang kembali ke Sarawak daripada Semenanjung, Sabah dan Labuan, wajib menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan di negeri ini selama 10 hari berkuat kuasa semalam. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dua ujian saringan akan dijalankan iaitu di awal ketibaan…

Anggota Wanita APM Rela Berkorban Demi Mangsa Banjir

M Update, 08/01/2021 – Seorang ibu kepada lima anak sanggup berkorban, demi tugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), terutamanya ketika bencana banjir melanda negara, pada musim tengkujuh ini. Norashikin Mat Jusoh, 47, mengakui berasa sedih kerana terpaksa ‘berpisah’ sementara dengan keluarga, namun, pengorbanan sebegitu sudah biasa baginya dan rakan-rakan,…