Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Perdana Menteri

Isteri Kepada Pemain Bola Sepak JDT, Dipindahkan Ke HKL

M Update, 9/12/2020 – Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini, bagi pemantauan pakar. Nur Amalina Norain, 25, yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan bayi lelaki, ibu dan pembantu rumahnya pada Ahad lalu, dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini,…

TH & KKM Rangka SOP Bagi Jemaah Malaysia Mengerjakan Haji

M Update, 9/12/2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan serta pihak yang berkepentingan, hendaklah melakukan perbincangan serta meneliti situasi pandemik COVID-19 untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) lengkap, bagi jemaah Malaysia mengerjakan haji. Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir berkata, ibadah haji mengalami kesan yang signifikan berikutan penularan COVID-19, seperti…

Parlimen : KKM Tingkat Kapasiti Hospital, Bendung Penularan COVID-19 Di Sabah

M Update, 9/12/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC), katil Unit Rawatan Rapi (ICU), kapasiti ujian makmal serta mobilisasi sumber manusia bagi memastikan sistem rawatan kesihatan di Sabah terus mampan dalam membendung COVID-19. Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata sehingga 7 Dis, Sabah mempunyai lapan hospital COVID-19 dan 36 PKRC,…

1,355 Tahanan Di Depot Tahanan Imigresen Positif COVID-19

M Update, 9/12/2020 – Seramai 1,355 tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DPI) Jabatan Imigresen Malaysia disahkan positif COVID-19 setakat semalam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata berdasarkan statistik sejak 29 Ogos lalu, DPI Bukit Jalil mencatatkan jumlah positif COVID-19 paling ramai iaitu 650 tahanan. “Dalam…

Wajib Lakukan Saringan COVID-19 Di Pintu Masuk Labuan

M Update, 9/12/2020 – Pelawat dari bahagian lain negara yang memasuki Labuan perlu menjalani saringan Covid-19 mandatori sebaik tiba di pintu masuk, sama ada melalui terminal feri atau Lapangan Terbang Labuan. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, saringan (analisis risiko oleh petugas kesihatan) itu adalah untuk mengenal pasti…

MOTAC Siasat Iklan Pakej Umrah Yang Meragukan

M Update, 9/12/2020 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas Covid-19 melanda. MOTAC turut menegaskan syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah, selain menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran meragukan…

JKM Sabah Bantu Salur Bantuan Pada Rakyat Yang Terjejas

M Update, 9/12/2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah menyediakan pelbagai saluran untuk orang ramai terutama individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, antara saluran itu boleh dihubungi adalah Bilik Gerakan JKM di talian…

Malaysia Perlu Mempunyai Keupayaan Bangunkan Vaksin Sendiri

M Update, 9/12/2020 – Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.  Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan…

Agong Terima Watikah Pelantikan 12 Perwakilan Asing Ke Malaysia

M Update, 8/12/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini. Turut hadir ke istiadat itu Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah…

52 Suspek Ditahan, Berhubung Siasatan Kes Tembak PGA

M Update, 8/12/2020 – Seramai 52 suspek yang ditahan sebelum ini berhubung siasatan kes tembak sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, direman 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata 22 suspek yang tamat tempoh reman disambung…