Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Dalam Negeri

Op Benteng : Cubaan 13 Pendatang Tanpa Izin Ke Malaysia Gagal

M Update, 4/12/2020 – Cubaan 13 pendatang tanpa izin yang bersembunyi di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang di Johor, untuk menyeludup masuk ke negara ini gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini. Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata kesemua suspek ditahan pada 1.40 pagi di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom. …

MAQIS Merampas 280 Paket Durian Musang King Di KLIA

M Update, 4/12/2020 –  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports menahan seorang warga tempatan dan merampas 280 paket durian musang king seberat 126 kilogram (kg), jam 12.30 tengah hari kelmarin. Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata 280 paket durian yang…

Kerajaan Benarkan Permohonan Kewarganegaraan Malaysia Bagi Anak Lahir Luar Negara

M update, 3/12/2020 – Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan reservasi ke atas Artikel 9(2) Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) berkaitan hak kewarganegaraan. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar sedia ada kerajaan berkaitan…

12 Individu Direman Bawah POCA, Terlibat Dalam Kegiatan Macau Scam

M Update, 3/12/2020 – Seramai 12 individu direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan Macau Scam membabitkan kerugian RM11 juta. Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan termasuk empat wanita, berusia  20 hingga 26 tahun, adalah antara 22 suspek yang ditahan…

KDN: Polis Guna Kamera Badan Mulai Tahun Depan

M Update, 19/11/2020 – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dilengkapi peralatan kamera badan bermula tahun depan, dalam usaha meningkatkan integriti pasukan keselamatan itu dalam tugasnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perolehan kamera badan itu di bawah pelan pelaksanaan pemasangan kamera badan yang mana ia membabitkan cadangan…

Tiada Cadangan Tukar Kad Pengenalan Baharu – Ismail

M Update, 9/9/2020 – Kerajaan tidak bercadang untuk menukar kad pengenalan atau MyKad kepada yang baharu, memandangkan MyKad sedia ada dilengkapi ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi dan canggih, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sentiasa…

Tidak Wujud Diskriminasi Kaum Dalam Pemberian Taraf Kewarganegaraan

M Update, 25/8/2020 – Kerajaan menjelaskan tidak wujud diskriminasi terhadap mana-mana kaum berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada penduduk di Malaysia. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, soal kewarganegaraan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selain penyediaan dokumen permohonan lengkap. “Kerajaan tidak pernah melakukan diskriminasi kaum berdasarkan warna kulit.…

Sistem Pengecaman Wajah, Biometrik Kukuhkan Sempadan Negara

M Update, 24/8/2020 – Semua pintu masuk sempadan negara akan dilengkapi sistem Imigresen berteknologi tinggi termasuk penggunaan sistem pengecaman wajah dan biometrik menjelang 2023. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah itu penting bagi mengesan pergerakan keluar masuk warga asing di negara ini. Katanya, sistem baharu itu juga…