Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan Tentukan SOP Pelajar IPT Balik Kampung

M Update, 21/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil…

Selagi Tiada Vaksin, Jangan Berhenti Perangi COVID-19, Terus Patuhi PKP

M Update, 21/4/2020 – Sejak dua minggu lepas, penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wabak itu di negara ini semakin memberangsangkan. Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguat kuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang, namun matlamat itu tidak akan…

Ujian Swab COVID19 Tidak Batalkan Puasa

M Update, 21/4/2020 – Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati…

PKPD Ke-6: Pusat Bandar Utara, Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur

M Update, 20/4/2020 – Pusat bandar utara dan sekitar Pasar Borong Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD keenam itu membabitkan lapan parcel di kawasan terbabit. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas…

Perak Bebas Zon Merah COVID19

M Update, 20/4/2020 – Perak berada di tangga teratas dalam senarai perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik wabak Covid-19. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, negeri ini juga turut tersenarai antara enam negeri yang bebas daripada klasifikasi zon merah bagi kes aktif. “Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke…

COVID19 : Kluster Baharu, Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

M Update, 20/4/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan oleh pihaknya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes positif COVID-19 itu dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui…

Dr Noor Hisham Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Bagi COVID-19

M Update, 16/4/2020 -Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID-19 bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand. Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan…

Penggunaan ‘Terowong Nyah Cemar’ Tidak Digalakkan

M Update, 16/4/2020 – Penggunaan ‘disinfection box’, ‘chamber’, ‘tunnel’, ‘booth’, ‘partition’, atau ‘gate’ sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia tidak digalakkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hasil penilaian mendapati tiada bukti menunjukkan peralatan berkenaan berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19. Selain itu, katanya, bahan kimia…

d