M Update, 31/12/2019 – Waktu solat subuh di negeri ini dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka. “Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis…
M Update, 25/10/2019 – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata suspek lelaki berumur 19…
M Update, 3/9/2019 – Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, Ayer Molek daerah Melaka Tengah, dekat sini, diarah keluar dari kawasan pekarangan sekolah serta-merta, tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata ia susulan kejadian kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang pemprosesan ayam di…
M Update, 8/7/2019 – Sesi pembelajaran di dua sekolah di negeri Melaka terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata, dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di daerah Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di daerah…
Salah satu daripada projek Melaka Gateway iaitu Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka yang bernilai RM682 juta dijangka siap pada September 2020. Ketua Pegawai Eksekutif pemaju projek pelabuhan laut dalam KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong, berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk telah bermula kelmarin dan ini adalah kritikal kerana cerucuk ujian,…
M Update, 27/5/2019 – Bazar Mega Klebang di sini yang kini menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh negara membeli kelengkapan sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin menjadi bazar terpanjang di Malaysia iaitu sejauh kira-kira dua kilometer, pada tahun ini. Penganjurnya, Mohd. Nasir Mamat berkata, bazar tersebut menempatkan seramai 400 peniaga dengan jumlah…
M Update, 24/5/2019 – Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 yang dijadualkan 3 Ogos 2019. Setakat ini tiga lokasi sudah dikenal pasti sebagai tempat pelancaran program iaitu di Dataran Pahlawan, Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan…
M Update, 8/5/2019 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj. Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad, berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima.…
M Update, 8/5/2019 – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal dinaikinya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Sungai Putat, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Hasani Mohd Razip, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan beberapa bahagian…
M Update, 23/4/2019 – Kerajaan akan membina sebuah Hospital Wanita dan Kanak-kanak (WCH) di negeri Melaka bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka selewat-lewatnya bermula tahun depan. Bangunan itu akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar di dalam kawasan sama Kolej Kejururawatan Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil. Hospital…