M Update, 17/7/2020 – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu. Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih…
M Update, 27/8/2019 – Mahkamah Koroner membenarkan permohonan komital yang difailkan bapa anggota bomba, Mohd Kassim Abdul Hamid, terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anaknya, Muhammad Adib. Koroner Rofiah Mohamad ketika membaca keputusannya berkata, selepas meneliti semua dokumen dan afidavit yang dikemukakan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati…
M Update, 27/5/2019 – PEGUAM mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding inkues itu. Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, dalam prosiding inkues kematian Muhamad Adib masuk…
M Update, 21/5/2019 – Bagaikan satu mimpi, sayu sangat yang dirasakan oleh kedua-dua orang tua Adib atas pemergiannya. Makin terasa kini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan juga bakal menyambut Syawal yang bakal tiba. Tempoh lima bulan pemergian Adib, 25 tahun, yang meninggal dunia akibat kecederaan ketika rusuhan Kuil Sri…
M Update, 22/3/2019 – Pakar Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini, bahawa hujung tulang rusuk Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, yang patah tertusuk paru-paru kanan anggota bomba itu. Saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, beliau menemukan sedemikian selepas melakukan…
M Update, 21/2/2019 – Saksi ke-12 inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memaklumkan bahawa anggota bomba tersebut mengalami kecederaan serius pada bahagian paru-parunya dan lebam di dada ketika tiba di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 27 November lalu. Doktor Bahagian Kecemasan SJMC, Dr. M. Nantha Kumaran, 39, berkata, ketika…
M Update, 18/2/2019 – Saksi kesembilan bagi prosiding inkues Muhammad Adib Mohd. Kassim memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa dia ternampak kesan tapak kasut pada rusuk kanan anggota bomba itu. Mengesahkan bahawa anggota bomba terbabit adalah Muhammad Adib, R. Naresh, 30, berkata, selepas dia dan beberapa orang awam mengangkat Muhammad Adib…
M Update, 13/2/2019 – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim digambarkan mengalami cedera parah apabila dilihat duduk dengan kaki dilunjur ke arah jalan, kepalanya menunduk manakala tangannya memeluk tubuh seperti menahan kesakitan. Saksi awam, Amirrul Adli M Yussli, 26, berkata walaupun memandang Muhammad Adib Mohd Kassim sekilas, beliau percaya bahawa…
M Update, 12/2/2019 – KORONER dan pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim melawat jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) yang terbabit dengan kejadian rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu. Kedua-dua kenderaan…
M Update, 11/2/2019 – SEKUMPULAN orang awam menjerit supaya bomba pulang dan tidak memadamkan kebakaran apabila jentera bomba tiba bagi memadamkan kebakaran sebuah kereta Kuil Sri Maha Mariamman USJ 5 Subang, November tahun lalu. Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Md Elliza…