Input your search keywords and press Enter.

Tag

Thailand

Panglima Angkatan Tentera Thailand Mohon Maaf

M Update, 11/02/2020 – Panglima Angkatan Tentera Thailand memohon maaf kepada 29 keluarga kepada mangsa maut susulan insiden tembakan rambang dilakukan anggotanya di pusat beli-belah Terminal 21, di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand, Sabtu lalu. Jeneral Apirat Kongsompong turut menitiskan air mata ketika menceritakan semula kejadian turut mencederakan…

Tembakan Rambang : Rakyat Malaysia Tidak Terlibat

M Update, 10/2/2020 – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat) di timur laut Thailand. Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, setakat ini tiada rakyat Malaysia (yang…

Pelancong Maut Ketika Bergambar

M Update, 15/11/2019 – Seorang pelancong Perancis maut selepas terjatuh dari air terjun ketika cuba mengambil swafoto dalam kejadian di pulau Koh Samui, Thailand semalam.  Polis dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa lelaki berusia 33 tahun terjatuh dari air terjun Na Mueang 2 pada tengahari.  Seorang pelancong Sepanyol maut akibat…

Rakyat Dinasihati Tidak Mengunjungi Selatan Thailand Sementara Waktu

M Update, 07/11/2019 – Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengunjungi selatan Thailand dalam masa terdekat susulan serangan menyebabkan 15 kematian di wilayah Yala, Thailand, malam semalam. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekiranya masih ingin ke sana, mereka diminta lebih berhati-hati. “Kita minta mereka…

Remaja Perempuan Maut Akibat Kejutan Elektrik

M Update, 05/11/2019 – Seorang remaja perempuan maut akibat kejutan elektrik apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi. Nong Ying, 17 sedang menggunakan peranti elektronik itu ketika ia sedang dicas, menggunakan kabel terbabit yang dibalut dengan pita pelekat kerana pembalutnya sudah terkoyak. Kabel…

Pemandu Pelancong Maut Akibat Disengat Tebuan Selama 4 Hari

M Update, 01/11/2019 –  Mayat seorang pemandu pelancong yang maut diserang sekumpulan tebuan di depan pelancong di sini, hanya dapat dikeluarkan selepas empat hari kerana berterusan dihurung serangga berbisa itu. Mangsa maut akibat disengat tebuan yang terus menyerangnya selama empat hari ketika membawa satu pasangan warga Perancis ke kawasan hutan.…

Dr Mahathir Ketuai Delegasi Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35

M Update, 1/11/2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di sini, mempunyai jadual yang padat dengan mesyuarat berturut-turut bermula Sabtu, 2 Nov. Beliau dijadualkan menghadiri sekurang-kurangnya lapan mesyuarat sidang kemuncak dengan para pemimpin dari perkumpulan berkenaan dan dari rantau…