Input your search keywords and press Enter.

Tag

Wisma Putra

Peranan Unit Berkuda Sebagai Elemen Sokongan Kepada PGA

M Update, 15/01/2021 – Penempatan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu penugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis adalah relevan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara. Ini bukan kali pertama pasukan berkuda ditugaskan di kawasan sempadan itu, malah mereka telah ditempatkan di situ sejak 1995, kata Pengarah…

PGA Pertingkat Kawalan Di Laluan Tikus Sempadan Malaysia-Thailand

M Update, 14/01/2021 – Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini, khususnya melalui laluan tikus dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata usaha ini selaras dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang…

COVID-19 : Jokowi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Di Indonesia

M Update, 13/01/2021 – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan. Majlis “Suntikan Perdana” di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, hari ini. Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul…

SAR Pesawat Sriwijaya Air Fokus Pencarian Kotak Hitam

M Update, 11/01/2021 – Operasi 24 jam bagi mengesan mangsa korban, bangkai dan kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas di perairan Kepulauan Seribu memasuki hari ketiga hari ini. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan lebih banyak serpihan badan dan enjin pesawat manakala setakat 10.30 pagi ini, jumlah…

COVID-19 : Kerajaan Bincang Pemvaksinan Percuma Pekerja Asing & Ekspatriat

M Update, 05/01/2021 – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Pengerusi bersama JKAV Khairy Jamaludin berkata kabinet telah mengarahkan jawatankuasa itu mengemukakan syor berkenaan perkara itu dalam beberapa minggu. Khairy yang…

Suspek Utama Sunting Video Hina Lagu Indonesia Raya Disyaki Warga Indonesia – KPN

M Update, 31/12/2020 – Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial dan bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah…

Gempa Bumi Di Petrinja, Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

M Update, 30/12/2020 – Tiada rakyat Malaysia yang berdaftar tinggal di pusat gempa bumi di Petrinja, sebuah bandar kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Croatia, Zagreb. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb dan tiada…

COVID-19 : Malaysia Berhasrat Tingkat Usaha Bangunkan Vaksin Bersama UAE

M Update, 30/12/2020 – Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam…

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Tidak Boleh Disekat Pulang – Ismail Sabri

M Update, 29/12/2020 – Kerajaan tidak boleh menyekat rakyat Malaysia dari negara yang melaporkan strain baharu COVID-19 daripada pulang ke tanah air, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata itu adalah jaminan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.  Malah, ketika kes COVID-19 tinggi di India, rakyat Malaysia yang berada…