Input your search keywords and press Enter.

Tag

Wisma Putra

Malaysia Tawar Bantuan Kepada Australia Padam Kebakaran

M Update, 06/01/2020 – Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, bantuan itu termasuk penghantaran anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas…

Rakyat Malaysia Di Nasihatkan Elak Ke Kawasan Berlaku Bantahan

M Update, 20/12/2019 – Rakyat Malaysia yang tinggal atau bercadang untuk melancong ke India dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di kawasan berlakunya bantahan, serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terbabit. Ia berikutan bantahan awam yang dilaporkan di negeri Timur Laut, Bengal Barat, Uttar Pradesh, New Delhi, Jammu dan Kashmir.…

Angka Korban Gempa Bumi Filipina Meningkat Kepada Empat Orang

M Update, 16/12/2019 – Angka korban akibat bencana gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda kawasan berhampiran bandar Davao di Pulau Mindanao yang terletak di selatan Filipina pada Ahad telah meningkat kepada empat orang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik laporan terkini. Sebuah bangunan tiga tingkat runtuh semasa gegaran, menyebabkan…

Agong Harap Hubungan Malaysia-UK Terus Berkembang

M Update, 11/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kini dalam lawatan khas di United Kingdom (UK), berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama kira-kira 300 rakyat Malaysia, semalam. Seri Paduka berdua turut meluangkan masa beramah…

Rakyat Malaysia Parah Dalam Letupan Gunung Berapi New Zealand

M Update, 11/12/2019 – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam letupan gunung berapi White Island, New Zealand, semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch. Mengenai seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam kejadian itu sebelum…

Jenazah Empat Beranak Maut di New Zealand Dikebumi

M Update, 10/12/2019 – Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealand, pada Jumaat lepas selamat dikebumikan pada jam 6.30 pagi ini (waktu Malaysia). Perkara itu disahkan oleh Afifah Shaiffuddin, 33, anak saudara Allahyarham Dr Rumihati Abd Hamid, yang menerima berita itu daripada ahli…

Agong Lakukan Lawatan Khas Ke UK

M Update, 9/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 16 Disember. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, lawatan Al-Sultan Abdullah yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, itu melambangkan kepentingan…

Dr M : Contohi Etika Kerja Korea Selatan

M Update, 28/11/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu diaspora Malaysia di Korea Selatan mencontohi etika kerja dan ciri-ciri positif negara itu, seterusnya menimba ilmu dan memanfaatkan teknologi canggih negara itu. “Apa yang kita mahu adalah untuk rakyat Malaysia datang ke sini dan belajar bagaimana mereka boleh maju…

Tun Mahathir Kagumi Teknologi Korea Selatan

M Update, 27/11/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengagumi penguasaan teknologi Korea Selatan yang sekali gus mampu membantu negara-negara ASEAN termasuk Malaysia. Jelasnya, negara itu juga sedia memindahkan teknologi terutama dalam sektor pengangkutan keretapi negara. “Korea Selatan berjaya menguasai teknologi. Teknologi mereka sangat mengagumkan. Kami telah melawat ke…