Input your search keywords and press Enter.

Ulama Tersohor Pejuang Merdeka

Di Kelantan, Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut kerana mempunyai janggut sampai ke paras dada ialah tokoh ulama yang bangkit memperjuangkan hak dan ketuanan melayu.

Tindakan ini bertitik tolak daripada campur tangan British di Kelantan berikutan perjanjian Bangkok pada 1909.

Kemuncak daripada penentangan ini bermula apabila masyarakat tempatan tidak berpuas hati dengan dasar British yang mengenakan cukai selain terkesan dengan jihad untuk mengembalikan Khalifah Uthmaniyah di bawah pengaruh British di Turki.

Dikatakan pada 24 Mei 1915, Tok Janggut bersama kira-kira 1,000 pengikutnya menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan.

Leave a Reply