Input your search keywords and press Enter.

Perkhidmatan Awam Sudah Lakukan Yang Terbaik – Wan Azizah

M Update, 5/7/2019 – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkhidmatan awam sudah melaksanakan tugas dengan baik walaupun pentadbiran negara berubah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah tidak adil membandingkan pencapaian perkhidmatan awam di negara ini dengan negara lain kerana badan beruniform seperti polis dan tentera turut tersenarai sebagai penjawat awam. Katanya, adalah tidak adil menyatakan penjawat awam di negara ini tidak berfungsi dengan baik.

Mereka sudah melakukan dengan baik walaupun ada peralihan kuasa. Malah, baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara sudah menyatakan dengan jelas, komitmen mereka dalam menjalankan tugas malah sentiasa menaiktaraf dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Sebab itu, persidangan seperti dianjurkan mereka ini diadakan bagi meningkatkan lagi kualiti penjawat awam,” katanya selepas melancarkan Persidangan Perkhidmatan Awam 2019 di Institut Tadbiran Awam (INTAN).

Beliau berkata demikian ditanya berhubung laporan Bank Dunia baru-baru ini yang menyatakan penjawat awam di negara ini dikategorikan sebagai tidak efektif. Laporan Bank Dunia itu turut meletakkan Malaysia pada kedudukan terendah dalam indikator kebertanggungjawaban, kesaksamaan, ketelusan dan keterbukaan membabitkan perkhidmatan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *