Input your search keywords and press Enter.

KPM Tidak Bercadang Hapus Hutang PTPTN 50 Peratus

M Update, 17/12/2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM29 bilion iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan kepada peminjam.

“Jumlah ini adalah bersamaan dengan jumlah peruntukan untuk menaja 1.2 juta peminjam baharu sehingga tamat pengajian.

“KPM perlu memberi perhatian terhadap penambahbaikan pengurusan pinjaman secara keseluruhan,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya, pada persidangan Dewan Negara semalam.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply