Input your search keywords and press Enter.

New Zealand Di Landa Jerebu

Pelancong berjalan dalam asap tebal di jambatan di Batemans Bay. FOTO AFP

M Update, 02/01/2020 – Asap susulan kebakaran hutan di timur Australia kini, menyebabkan jerebu yang merentasi New Zealand berdasarkan laporan media sosial, hari ini.

Asap kesan jerebu itu mula dikesan merentasi New Zealand sejak semalam dan cahaya matahari mula bertukar kemerahan dan keemasan bergantung tahap jerebu.

“Asap dari Australia ini bergerak sejauh 2,000 kilometer merentasi Laut Tasman dan jerebu itu boleh dilihat dengan jelas.

“Jarak penglihatan juga serendah 10 kilometer terutamanya di kawasan terjejas,” kata Perkhidmatan Meteorologi New Zealand menerusi Twitter rasminya.

Hampir 100 kebakaran tercetus di luar bandar New South Wales dan Queensland dengan lima daripadanya di tahap sangat berbahaya.

Perdana Menteri Scott Morrison meminta penduduk mengikut arahan perkhidmatan kecemasan dan menjaga keselamatan mereka.

Seramai 1,200 anggota bomba dan 70 pesawat khas terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Leave a Reply