M Update, 29/3/2019 – Mulai 1 April ini, setiap proses pendaftaran kenderaan motor melalui sistem e-Daftar diwajibkan menggunakan nombor siri Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, objektif utama JPJ menguatkuasakan perkara itu adalah untuk memastikan setiap kenderaan motor yang akan didaftarkan dan dilesenkan mempunyai kelulusan VTA yang sah serta sebagai instrumen kawalan dan sekatan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mendapatkan kelulusan VTA daripada JPJ.
JPJ berkata, secara dasarnya, VTA adalah proses mandatori terhadap kenderaan model baharu sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dan dilesenkan JPJ. Proses VTA ini dikuatkuasakan untuk memastikan setiap model baharu kenderaan mematuhi ciri-ciri pembinaan dan spesifikasi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.
Setiap pengeluar kenderaan perlu memastikan sudah mempunyai medan data berkaitan dengan nombor siri Sijil Kelulusan VTA di dalam sistem e-Daftar masing-masing sebelum 31 Mac ini seperti mana spesifikasi yang ditetapkan JPJ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JPJ menasihatkan semua pengeluar kenderaan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan supaya sistem e-Daftar masing-masing dapat berfungsi dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses pendaftaran kenderaan,” katanya. JPJ juga memaklumkan, setiap pengeluar kenderaan dan pihak yang berkenaan perlu mematuhi ketetapan itu bagi mengelakkan sebarang kesukaran atau sekatan terhadap proses pendaftaran kenderaan masing-masing.
Sumber : HM Online