Input your search keywords and press Enter.

Cukai digital dijangka sumbang RM449 juta.

Pelaksanaan cukai digital sebanyak 6% kepada pengedia perkhidmatan digital Malaysia bermula 1 Januari 2020 dijangka berpotensi menyumbang RM449 juta kepada pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, jumlah berkenaan masih tidak mencukupi untuk mengurangkan sasaran defisit bagi bajet tahun 2020 kepada 3%.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyatakan pelaksanaan cukai digital itu akan memberi persaingan yang adil ekoran hanya penyedia perkhidmatan digital tempatan sahaja yang dikenakan cukai perkhidmatan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bagi memperjelaskan proses pencukaian ini, sebagai contoh pelanggan ketika ini perlu bayar 6% SST kepada iFlix (tempatan), tetapi bukan Netflix (asing) yang akan menyebabkan berlakunya persaingan yang tidak adil.

Antara penyedia perkhidmatan digital popular yang dijangka akan dikenakan cukai ini termasuk Netflix, Spotify, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, pengkomputeran awan, aplikasi dan permainan di telefon pintar.

Penyedia perkhidmatan digital asing ini mempunyai pilihan sama ada mahu melepaskan kos ini kepada pelanggan menerusi kenaikan harga sebanyak 6% atau mengekalkan harga dan menyerap cukai ini.

Mengulas lanjut, HLIB berkata cukai itu tidak akan memberi kesan kepada pembelian barang dalam talian kerana ia sudah pun tertakluk kepada cukai jualan dan duti import dan cabaran utama yang akan dihadapi kerajaan ialah untuk mendapatkan penyedia perkhidmatan digital asing mendaftarkan cukai itu.

Leave a Reply