Input your search keywords and press Enter.

‘Kantoi’ bawa dadah

M Update, 23/07/2019 – Seorang lelaki terjerat diri sendiri apabila van dengan muatan 270 kilogram methamphetamine yang dipandunya terbabas melanggar sebuah kereta peronda polis dalam kejadian di Sydney, Australia.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan lelaki berusia 28 tahun terbabit cuba melarikan diri selepas terlanggar kereta berkenaan yang diletakkan di luar balai polis di utara bandar itu pagi semalam namun berjaya ditahan polis kira-kira sejam kemudian, lapor Reuters.

Menurut polis, hasil pemeriksaan mendapati van terbabit membawa lebih 200 kg dadah yang disimpan dalam kotak dan ditampal pelekat.

Katanya, semua dadah berkenaan dianggarkan mencecah 200 juta dolar AU$200 juta (RM578.6 juta).

Lelaki yang ditahan itu kemudiannya didakwa dengan tuduhan membekalkan dadah dan memandu secara cuai.

Leave a Reply