Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2019

Sidang Parlimen Penggal Kedua Mulai Isnin Ini

M Update, 2/10/2019 – Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Sidang Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama 36 hari, mulai Isnin ini. Mengikut Portal Rasmi Parlimen Malaysia Persidangan Dewan Rakyat berlangsung dari 7 Oktober hingga 5 Disember ini. Pembentangan Bajet 2020 dijangka dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober ini.…

Empat Ditahan Susulan Kematian Gajah

M Update, 2/10/2019 – Polis mengesahkan empat individu ditahan berhubung kematian gajah Pygmy Borneo yang ditemui di Hulu Sungai Udin, Dumpas, Tawau, pada 25 September lalu. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, tangkapan membabitkan tiga individu tempatan dan seorang warga asing. Menurutnya, maklumat lanjut pada…

Lelaki Ditahan Menyamar Doktor Pelatih

M Update, 2/10/2019 – Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor pelatih di Hospital Kemaman mengundang padah apabila ditahan polis petang semalam. Lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Kijal di sini ditahan polis kira-kira jam 4 petang selepas helahnya dihidu seorang doktor perubatan di hospital tersebut. Ketua Polis Daerah Kemaman,…

Polis Bongkar Sindiket ‘Kilang Bayi’

M Update, 02/10/2019 –  Seramai 19 wanita hamil dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia sehari diselamatkan daripada lokasi disyaki kilang bayi yang digunakan sindiket perdagangan manusia. Polis di Lagos, bandar terbesar Nigeria, menyerbu empat premis pada Isnin lalu sebelum menemui wanita berusia antara 15 hingga 28 tahun itu dan empat…

Malaysia Miliki Kebolehupayaan Harungi Kejutan Ekonomi: Zeti

M Update, 2/10/2019 – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yakin ekonomi Malaysia mempunyai kebolehupayaan untuk mengharungi sebarang krisis berpotensi. Beliau berkata, negara ini melaksanakan sistem yang berdaya tahan dan berupaya menahan kejutan ekonomi. “Kita bersedia menguruskan kesan (krisis) berkenaan…halangan mungkin berlaku, namun kita…

PDRM Kekang 25 Cubaan Serangan Pengganas

M Update, 2/10/2019 – Polis menggagalkan 25 rancangan pengganas di negara ini sejak 2013, antaranya serangan berskala besar ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu dan Buddha serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata…

E-Visa Untuk Melancong Ke Arab Saudi

M Update, 2/10/2019 – Kerajaan Arab Saudi kini menawarkan e-visa (elektronik visa) bagi tempoh setahun untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara itu bermula bulan ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, sebelum ini kerajaan Arab Saudi menawarkan visa untuk tiga bulan (90 hari) bagi tujuan…

Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 Berlepas Ke Lubnan

M Update, 2/10/2019 – Biar pun sedih terpaksa berjauhan dengan keluarga, kumpulan pertama pegawai dan anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang berlepas ke Lubnan semalam, tetap bersemangat menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan. Seorang daripada mereka, Mejar Zulkifli Mat Jusoh, 36, mengakui berat terpaksa berjauhan dengan keluarga selama setahun,…

Kementerian Pendidikan Nafi Soalan Bahasa Inggeris Pentaksiran PT3 Bocor

M Update, 2/10/2019 – Tiada berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris PT3 akan diulangi pada 10 Oktober ini seperti yang tersebar. Unit Komunikasi Korporat Kementerian…