Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Empat Topeng Muka Untuk Setiap Keluarga - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Empat Topeng Muka Untuk Setiap Keluarga

M Update, 8/4/2020 – Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara, bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan keutamaan pemakaian topeng muka perlu mengikut syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu membabitkan individu yang mempunyai gejala wabak berkenaan.

Katanya, pengagihan di seluruh negara membabitkan 24.6 juta topeng muka itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ia akan diedarkan oleh APM kepada Majlis Keselamatan Negeri, seterusnya ke daerah melalui Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah.

“Dari pusat jawatankuasa ini, topeng muka akan diagihkan petugas ke setiap rumah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply