Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2020

Kerajaan Akan Wujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) – Mustapa

M Update, 15/7/2020 – Kerajaan akan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB), yang bakal dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata MKB akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan…

Pelajar Tingkatan 1, 4 Kembali Ke Sekolah Hari Ini

M Update, 15/7/2020 – Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali memulakan sesi persekolahan hari ini. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 Mac lalu, semua pelajar di peringkat sekolah…

TH Tak Dikuasai Bukan Islam – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dikuasai oleh bukan Islam. Penegasan itu dibuat dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar).Mujahid meminta Perdana Menteri menyatakan kedudukan jumlah aset terkini TH dan adakah benar kerajaan PH terdahulu menjual banyak aset TH…

Tambah Baik SOP Mohon Kewarganegaraan – KDN

M Update, 14/7/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) permohonan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata penambahbaikan membabitkan tempoh pemprosesan yang lebih singkat bagi permohonan lengkap yang diterima bermula tahun ini. “Penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan kepada pematuhan…

‘Roh’ Rukun Negara Perlu Jadi Pegangan Rakyat Malaysia

M Update, 14/7/2020 – ‘Roh’ Rukun Negara yang menjadi pegangan setiap rakyat terutama di awal falsafah itu dibentuk sekitar 70-an dan awal 80-an antara resepi bagaimana keharmonian dan perpaduan negara dapat dikekalkan sehingga hari ini. Inilah semangat dan penjiwaan yang perlu dikembalikan untuk memastikan roh Rukun Negara tidak hilang dan terkubur dalam jiwa rakyat Malaysia…

Azalina Dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat

M Update, 13/7/2020 – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu bagi menggantikan Nga Kor Ming yang meletak jawatan. Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memaklumkan pemilihan Azalina dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan ke jawatan berkenaan. Terdahulu, Perdana Menteri,…

ATM & PGA Pasang Kawat Duri Di Sempadan Kekang Pencerobohan

M Update, 13/7/2020 – Sebanyak 13 pangkalan haram yang aktif di sepanjang Sungai Golok dekat sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas dan Tumpat telah dipasang kawat duri bagi mengekang pencerobohan pendatang asing dan pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan. Pemasangan kawat duri atau ‘concertina wire’ itu dilaksana hasil kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia…

Tindakan Segera Perlu Diambil Kerajaan Untuk Tangani COVID-19 – Muhyiddin

M Update, 13/7/2020 – Tindakan segera perlu diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengumumkan peruntukan dalam usaha menangani kesan daripada penularan pandemik COVID-19 tanpa dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata rakyat memerlukan bantuan segera kerana mereka berdepan situasi sukar dan sulit dan…

PDRM Timbang Guna Pistol Perenjat Elektrik Hadapi Individu Agresif – KPN

M Update, 13/7/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan untuk menggunakan pistol perenjat elektrik (taser gun) secara menyeluruh bagi pegawai dan anggotanya semasa melaksanakan tugas harian. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya kini sedang mengurangkan penggunaan senjata api terutama apabila berdepan dengan orang agresif atau mengamuk. …