Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2020

Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pakai Pelitup Separuh Muka – PM

M Update, 21/7/2020 – Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam susulan ancaman COVID-19 masih belum berakhir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Beliau berkata perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan. “Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas…

Bayaran Fasa Ke-3 BSH 2020 Mulai Jumaat

M Update, 21/7/2020 -Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dibuat mulai Jumaat ini berdasarkan kategori BSH 2020 yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan ia membabitkan peruntukan RM3 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta…

KDN: Migran Miliki MyKad Palsu Kena Tindakan Ikut SOSMA

M Update, 20/7/2020 – Warga asing yang ditahan memiliki dokumen pengenalan diri, MyKad palsu, akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Tindakan itu diambil selepas kerajaan memastikan Akta Imigresen, turut dimasukkan di bawah jadual SOSMA. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata tindakan itu boleh…

PDRM Mohon Elaun Pegawai, Anggota Polis Marin

M Update, 20/7/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan mempertimbangkan bayaran insentif RM500 sebulan kepada 2,270 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM). Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata pasukan itu tidak pernah menerima elaun khas sejak penubuhannya pada 1947 iaitu kira-kira 73 tahun lalu. Katanya,…

Kucing Dibakar: Ganjaran RM10,000 Kepada Pemberi Maklumat Tepat

M Update, 20/7/2020 – Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association)  menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan. Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini bahawa ia mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang…

Kerajaan Cadang Beli Dron, Radar Pantau Sempadan

M Update, 20/7/2020 – Kerajaan bercadang menggunakan peralatan canggih seperti dron dan radar sebagai langkah meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara. Penyediaan aset canggih itu dilihat menjadi satu keperluan terutama membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed…

Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai – KPN

M Update, 17/7/2020 – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes melibatkan pemandu mabuk adalah memadai. Beliau berkata pihaknya pernah mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan…

Keluarga Adib Mahu Saman PDRM

M Update, 17/7/2020 – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu. Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih…

‘Mengaku Gengster Akan Diambil Tindakan Bawah SOSMA’ – Ketua Polis Negara

M Update, 17/7/2020 – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan “Sesiapa yang mengaku dirinya ‘gengster’, semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)”. Katanya, beliau dan pasukannya kini dalam misi untuk membersihkan budaya gengsterisme di negara…

KPM: PPSMI Tidak Akan Diperkenalkan Semula

M Update, 17/7/2020 – Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan alasan untuk memperkenalkan…