Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2020

Tragedi Bot Terbalik: Mayat Keenam Ditemui

M Update, 3/7/2020 – Mayat keenam mangsa tragedi bot terbalik di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin pada Isnin lalu, berjaya ditemui kira-kira 21 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman, berkata mayat Harun Daud, 57, ditemui terapung di laut…

Malaysia Terus Beri Sokongan Padu Kepada Perjuangan Rakyat Palestin

M Update, 3/7/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera mencari penyelesaian terbaik kepada pelan damai di wilayah itu. “Marilah bersama-sama kita berdoa agar permasalahan dan persengketaan…

Muhyiddin Hargai Petugas Barisan Hadapan, Rakyat Kawal Penularan COVID-19

M Update, 3/7/2020 – Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara. “Alhamdulillah buat kali pertama kelmarin negara mencatat kes harian COVID-19 terendah dengan satu kes import dan tiada kes jangkitan tempatan dalam kalangan…

Penerima BSH Boleh Tuntut Bantuan Khairat Kematian

M Update, 2/7/2020 – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata, tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Abdul Rahim berkata, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam iaitu skim…

KDN Haramkan Buku Didakwa Hina Jata Negara

M Update, 2/7/2020 – Sebuah buku yang didakwa menghina dan mengubah suai Jata Negara yang diubahsuai, Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia, sudah diharamkan Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa semalam. Menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020, ia membabitkan larangan…

Internet Percuma 1GB Dilanjutkan Kepada 24 Jam

M Update, 2/7/2020 – Tawaran Internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna pengendali telekomunikasi akan dipanjangkan selama 24 jam, bermula semalam. Tawaran itu membabitkan pengendali telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia Berhad (TM) boleh dinikmati pengguna sehingga 31 Disember ini. Ia mampu meningkatkan kesalinghubungan rakyat negara ini…

Kenaikan Yuran: Pengusaha Tadika Perlu Bincang Dengan Ibu Bapa

M Update,2/7/2020 – Pengusaha taman didikan kanak-kanak (tadika) perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu, sekiranya mahu menaikkan kadar yuran pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia (PTM) Eveleen Khoo berkata, tindakan itu perlu bagi mendapatkan persetujuan ibu bapa supaya tidak wujud ketidakpuasan hati dan mereka bersedia sewajarnya, jika pihak tadika ingin menaikkan kadar…