M Update, 30/9/2020 – Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun di Hospital Saint Mary, Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Adik tirinya, Putera Sheikh Nawaf al-Ahmed dinamakan oleh Kabinet sebagai pewarisnya.
Sheikh Sabah mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pemimpin yang banyak membantu negaranya dalam serangan Iraq pada 1990, krisis pasaran minyak dunia dan pergolakan di Parlimen dan jalanan.
Menteri Hal Ehwal Diraja, Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah berkata, seluruh rakyat Kuwait berdukacita atas pemergian baginda itu.
“Dengan penuh rasa sedih dan dukacita, kami berkabung atas pemergian Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al-Sabah, Emir kerajaan Kuwait,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di stesen televisyen tempatan. – AFP