Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2020

Kerajaan Akan Pastikan Pekerja Kita Di Singapura Terbela – KSM

M Update, 8/9/2020 – Kementerian Sumber Manusia akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung pendirian Singapura yang menawarkan insentif kepada majikan untuk menggajikan pekerja republik itu. Menteri, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihaknya akan meneliti perkara itu bagi memastikan nasib rakyat Malaysia yang bekerja di sana terbela. Sebagai sebuah negara membangun, Saravanan…

Pembelian ‘Online’ Akan Dicaj 20 Sen – KKMM

M Update, 8/9/2020 – Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum…

Polis Nafi Sekatan Perjalanan Tawau, Lahad Datu

M Update, 8/9/2020 – Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes COVID-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima…

Awas Kumpulan Menyamar Pegawai KKM, Ambil Buku Saringan COVID19

M Update, 8/9/2020 – Sekumpulan individu dikesan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan cuba memanipulasi maklumat peribadi orang awam menerusi buku daftar kesihatan diletakkan di beberapa premis perniagaan di Melaka. Kumpulan baharu dikesan semalam itu dikatakan mengambil maklumat pelanggan daripada buku pendaftaran kesihatan Covid-19 yang diletakkan di premis…

Tiada Keperluan Hantar Tentera Ke Hospital Medan – Panglima ATM

M Update, 8/9/2020 – Tiada keperluan mendesak untuk menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh selepas pengoperasiannya ditamatkan kerajaan, susulan penularan wabak COVID-19. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata langkah itu berikutan kemudahan kesihatan serba lengkap telah dibina di kawasan berkenaan. “Dulu masa tentera Malaysia diletakkan di situ, tak banyak negara…

Pencemaran Sungai Gong Menyusahkan Rakyat – Agong

M Update, 8/9/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong di Rawang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menyusahkan jutaan rakyat di Lembah Klang. Titah baginda, kemudaratan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja kepada kehidupan seharian, tetapi juga sosioekonomi rakyat kerana banyak perniagaan…

KWSP Lanjut Tarikh Majikan Bayar Caruman Wajib

M Update, 7/9/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 haribulan kepada 30 haribulan bagi bulan September 2020 hingga Disember 2020. KWSP dalam kenyataannya berkata, ia sebelum ini melanjutkan tarikh bayaran caruman berkenaan bagi bulan April 2020 hingga Ogos 2020,…

Taman Rukun Negara Akan Diwujudkan Di Labuan – Annuar

M Update, 7/9/2020 – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Rukun Negara di Labuan dalam masa terdekat bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara sekali gus menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Labuan dipilih sebagai lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dua…

Nelayan Vietnam Buat Hal Lagi

M Update, 7/9/2020 – Sebuah bot nelayan Vietnam bukan saja menceroboh dan mencuri hasil laut negara, malah bertindak agresif dengan melanggar bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat hingga berlaku kerosakan di beberapa bahagian. Kejadian berlaku 7.30 pagi, 5 September lalu, ketika sepasukan APMM Kudat menjalankan Ops Pluto Timur…