Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

December 2020

PATI : Imigresen Sasar 250,000 Permohonan Pulang Menjelang Jun Tahun 2021

M Update, 4/12/2020 – Jabatan Imigresen menyasarkan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang, menjelang Jun tahun depan. Kedua-dua program itu adalah dua komponen utama Pelan Rekalibrasi PATI, dimulakan sejak 16 November lalu yang membenarkan mereka pulang…

Op Benteng : Cubaan 13 Pendatang Tanpa Izin Ke Malaysia Gagal

M Update, 4/12/2020 – Cubaan 13 pendatang tanpa izin yang bersembunyi di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang di Johor, untuk menyeludup masuk ke negara ini gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini. Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata kesemua suspek ditahan pada 1.40 pagi di Kuari Baru, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom. …

Isyarat Gelombang Pertama Banjir Bermula Di Kota Bharu & Pasir Puteh

M Update, 4/12/2020 – Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka setakat pukul 8.00 malam ini di Kelantan membabitkan 120 mangsa banjir, selepas hujan turun berterusan di beberapa kawasan, isyarat awal bakal bermulanya gelombang pertama musim banjir di negeri itu.  Menurut aplikasi InfoBencanaJKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), lima PPS berkenaan melibatkan dua…

MAQIS Merampas 280 Paket Durian Musang King Di KLIA

M Update, 4/12/2020 –  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports menahan seorang warga tempatan dan merampas 280 paket durian musang king seberat 126 kilogram (kg), jam 12.30 tengah hari kelmarin. Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata 280 paket durian yang…

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus Di Peringkat Jawatankuasa

M Update, 4/12/2020 – Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah selesai dibahas, digulung dan melalui proses pengundian baik secara suara majoriti atau belah bahagian. Ada Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai kemenangan 11-0 untuk kerajaan Perikatan Nasional selepas peruntukan Belanjawan 2021 bagi semua 11 kementerian yang…

Kerajaan Benarkan Permohonan Kewarganegaraan Malaysia Bagi Anak Lahir Luar Negara

M update, 3/12/2020 – Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan reservasi ke atas Artikel 9(2) Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) berkaitan hak kewarganegaraan. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar sedia ada kerajaan berkaitan…

888,000 Pekerja Warga Asing Di Enam Kawasan Berisiko Tinggi Perlu Jalani Saringan

M Update, 3/12/2020 – Sebanyak 888,000 pekerja warga asing di enam kawasan berisiko tinggi perlu menjalani saringan COVID-19 yang dimulakan sejak Selasa (1 Disember 2020). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi fasa pertama, sebanyak 100,000 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) akan diedarkan ke kawasan berkenaan iaitu…