Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2021

Agong Titah Pihak Berkuasa Lebih Proaktif Sampaikan Bantuan Banjir

M Update, 06/01/2021 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan pihak berkuasa supaya lebih proaktif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap di pedalaman. Seri Paduka bertitah, baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca beberapa status meminta pertolongan dimuat…

JBPM Selangor Selamatkan PATI Terperangkap Dalam Lumpur

Empat PATI termasuk tiga kanak-kanak diselamatkan pasukan JBPM Selangor selepas terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang, Kapar, awal pagi tadi.  M Update, 06/01/2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyelamatkan empat individu, termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap dalam lumpur di Kampung Sungai Serdang,…

COVID-19 : 149 Pesakit Ditempatkan Di 2 PKRC Di Kelantan

M Update, 06/01/2021 – Seramai 149 pesakit COVID-19 di Kelantan telah ditempatkan di dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin hari ini. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 85 pesakit sedang menjalani kuarantin dan rawatan di…

Disepak & Ditendang Sehingga Usus Pecah, Kanak-Kanak 5 Tahun Maut

M Update, 06/01/2021 – Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu. Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten…

Banjir : Paras Air Sungai Golok Melebihi Paras Bahaya

M Update, 06/01/2021 – Penduduk di sekitar Sungai Golok diminta bersedia bagi menghadapi banjir gelombang ketiga susulan paras air melebihi paras bahaya, hari ini. Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 10 pagi ini, paras air Sungai Golok mencatat bacaan 9.80 meter melebihi tahap bahaya, iaitu sembilan meter. Ketua Balai Bomba Rantau…

APM Sabah Pantau 2 Daerah, Libatkan 23 Kampung Mula Ditenggelami Air

M Update, 06/01/2021 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Sabah membuat pemantauan di dua daerah di negeri ini berikutan beberapa kawasan rendah mula ditenggelami air dari sungai berhampiran. APM dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan dua daerah berkenaan ialah Tenom dan Beaufort melibatkan 23 kampung namun tiada mangsa dipindahkan ke…

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Tinjau Keadaan Banjir

M Update, 06/01/2021 – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik ketika  meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.  Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta halaman rumahnya sebelum kejadian…

JAIS Benarkan Solat Jumaat & Solat Fardu, Ikut Ketetapan Jumlah Jemaah

M Update, 06/01/2021 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas. Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta…

Banjir Di Pahang, Terengganu, Kelantan Bertambah Buruk

M Update, 06/01/2021 – Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan, manakala keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan. Di Pahang, situasi banjir bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 pusat pemindahan mencatatkan…