Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

March 2021

Hari Paling Berdarah Di Myanmar, 38 Penunjuk Perasaan Terbunuh

M Update, 04/03/2021 – Sekurang-kurangnya 38 orang mati semalam pada pada hari ‘paling berdarah’ dalam krisis Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia ekoran junta menentang protes yang semakin meningkat terhadap rampasan kuasa dengan tindakan keras yang dikatakan Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘terkejut dan benci’. Myanmar mengalami kekacauan sejak 1…

Runtuhan Binaan SUKE: Pemandu Treler Positif Dadah

M Update, 04/03/2021 – Pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) didapati positif dadah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah…

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen – Takiyuddin

M Update, 03/03/2021 – Jemaah Menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan sehingga 1 Ogos depan, bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran…

Semoga Awang Rasau Kembali Sihat

M Update, 03/03/2021 – Bukan sebutir sebaliknya lima butir peluru senapang patah dikesan terbenam dalam tubuhnya. Itu penderitaan dialami harimau jantan bernama Awang Rasau yang terpaksa menjalani pembedahan semalam bagi mengeluarkan peluru hidup dari dalam tubuhnya. Harimau Malaya seberat 160 kilogram sebelum ini ditangkap di ladang sawit di Felda Kerteh…

Pemakaian Gelang Peranti Berteknologi Tinggi Mulai 11 Mac – Adham Baba

M Update, 03/03/2021 – Mana-mana individu yang dijangkiti atau disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac ini. Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, turut akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS). Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima…

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

M Update, 03/03/2021 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan berkata ia membabitkan tindakan seorang artis yang mendakwa dirinya transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan. Beliau berkata, begitu juga…

Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi – TNB

M Update, 03/03/2021 – Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara. Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh, berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan…

Rina Gunawan Meninggal Dunia

M Update, 03/03/2021 – Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala virus Covid-19, semalam. Bagaimanapun, punca kematian Rina atau nama sebenarnya Rina Mustikana Gumilang Gunawan belum disahkan sama ada dia meninggal dunia disebabkan Covid-19…

Vaksin COVID-19: 1.74 Juta Rakyat Sudah Mendaftar

M Update, 03/03/2021 – Seramai 1,741,364 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera setakat jam 8 pagi ini. Jumlah terkini itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berdasarkan maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Berdasarkan data…

Vaksin COVID-19 : Arab Saudi Wajibkan Ke Atas Jemaah Haji 2021

M Update, 03/03/2021 – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin COVID-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19, lapor Reuters. “Vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan…