Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2021

JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 70 Peratus

M Update, 12/04/2021 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata tawaran berkenaan bermula esok kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk kes yang masih dalam tindakan…

2 Dalang Kartel Daging Sejuk Beku Diburu

M Update, 12/04/2021 – Dua dalang komplot pengedaran daging sejuk beku import dari Brazil sedang diburu polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, kedua suspek utama itu dikenal pasti sebagai Tan Siew Huak, 42, berasal dari Ulu Tiram, dekat sini dan Wong Ah Kheong, 44,…

Terengganu Larang Jamuan Buka Puasa, Moreh Di Masjid

M Update, 12/04/2021 – Jamuan berbuka puasa tidak dibenar diadakan di semua masjid dan surau seluruh Terengganu sepanjang Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini. Turut dilarang ialah moreh dan jamuan sahur. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata ketetapan itu bertujuan membantu kerajaan membendung penularan pandemik…

Akhirnya Neelofa Mohon Maaf…

M update, 09/04/2021 – Selebriti terkenal, Neelofa akhirnya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standrad (SOP) sepanjang lawatan kerja di pulau Langkawi, Kedah minggu lalu. Neelofa atau nama sbeenarnya Noor Neelofa Mohd Noor membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dihantar kepada media…

Pembayaran i-Sinar Dibuat Secara Berperingkat Hingga 16 April

M Update, 09/04/2021 – Pembayaran i-Sinar bagi bulan April yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun pencarum akan dilaksanakan secara peringkat sehingga 16 April ini. Menerusi kenyataan Twitter rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Jumaat, pihaknya memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga lima hari…

Terma Wilayah Bezakan Sabah, Sarawak Dengan Semenanjung

M Update, 09/04/2021 – Pertukaran terma wilayah kepada Sabah dan Sarawak adalah satu istilah yang membezakan dua wilayah ini dengan negeri-negeri di Semenanjung. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, wilayah di sini dalam konteks penubuhan Malaysia adalah tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung bercantum untuk…

Bapa Zulfarhan Redha Apa Sahaja Keputusan Hakim

M Update, 09/04/2021 – Selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun, pihak pembelaan menutup kesnya semalam. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya…

Sultan Perak Perkenan Ringankan Hukuman Seorang Banduan

M Update, 08/04/2021 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memberi perkenan meringankan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang sedang dijalani seorang banduan di negeri ini, kepada penjara seumur hidup. Setiausaha Lembaga Pengampunan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata baginda menitahkan hukuman itu diringankan ketika mempengerusikan Persidangan Lembaga Pengampunan Perak…

Agong Persembahkan DK Pahang Kepada Sultan Selangor

M Update, 08/04/2021 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Darjah kebesaran DK Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati itu dipersembahkan Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Sharafuddin pada istiadat yang berlangsung di Dewan Sri…