M Update, 13/03/2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara, membabitkan pemeriksaan terhadap semua premis makanan termasuk bazar Ramadan, dalam usaha memastikan keselamatan makanan dijual sentiasa terjamin. Pemeriksaan ini juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak PBT.
Operasi itu membabitkan pemeriksaan terhadap premis serta pengambilan sampel makanan, bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual itu selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pemeriksaan turut dibuat di premis tumpuan seperti hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah dan juga premis penyediaan ais.
Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.