M Update, 22/04/2024 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel.
MINDEF akan berbincang dengan Kementerian Luar dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan semasa situasi di Timur Tengah.
Kalau ada keperluan permohonan bantuan, MINDEF akan berikan namun buat masa ini, MINDEF tidak menerima sebarang permohonan – Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari
MINDEF akan terus berkomunikasi dan bekerjasama termasuk dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan pelajar yang terlibat adalah di bawah kementerian berkenaan.