M Update, 09/08/2024 – Tidak berpuas hati dengan tindakan polis, seorang individu dipercayai cuba mengaibkan anggota tersebut di laman media sosial X.
Pihak polis menerima satu laporan berhubung gambar tular memaparkan seorang pegawai polis yang sedang menjalankan tugas. Laporan tersebut diterima pada jam 7.30 pagi, Khamis terhadap pemilik akaun ‘Syedewa’ yang memuat naik gambar seorang pegawai bertugas semasa menjalankan pemeriksaan sekatan jalan raya di platform X.
Kata beliau, pemeriksaan sekatan jalan raya itu dilakukan di Damansara Damai, di sini pada jam 10.45 pagi, Selasa.
“Pihak polis percaya tujuan pemilik akaun memuat naik posting itu untuk mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas.
“Kita sedang mengesan individu tersebut untuk diambil keterangan. Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,”.
Sehubungan itu kata beliau, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak pasti.
Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. – Sinar Harian