Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Pelancong Kanada Maut Ketika Aksi ‘Zipline’

M Update, 16/04/2019 – Seorang pelancong Kanada maut ketika melakukan aksi terbang kelawar (zipline) pada ketinggian 12 meter, di sebuah lokasi tumpuan pelancong di utara negara ini. Menurut polis, nahas berlaku di Chiang Mai yang terkenal dengan keindahan hujan, air terjun dan binaan kuil Buddha dan menjadi pilihan pelancong yang…

Halang Jalan Raya Di London, 113 Ditahan

M Update, 16/04/2019 – Seramai 113 individu ditahan dalam siri bantahan anjuran aktivis perubahan iklim di beberapa lokasi terkenal di London, termasuk Oxford Circus, Marble Arch dan Waterloo Bridge. Bantahan itu diadakan bagi mendesak kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah perubahan iklim. Ia diketuai kumpulan Extinction Rebellion, aktivis…

Empat Maut Ditembak Di Kanada

M Update, 16/04/2019 – Empat orang ditembak mati di tiga kawasan di barat bandar Penticton, Kanada, kata polis persekutuan dalam insiden tembakan yang dipercayai sudah dirancang. “Kami mengesahkan empat orang terbunuh di tiga lokasi, setiap satu pada jarak empat kilometer,” kata penguasa polis, Ted De Jager pada sidang akhbar. Menurut…

Penyebar Rakaman Video Diancam Bunuh

M Update, 16/04/2019 – Mereka yang didakwa kerana memiliki atau mengedarkan rakaman video serangan di dua buah masjid di New Zealand bulan lalu menerima ancaman bunuh, lapor media tempatan, hari ini. Rakaman mengerikan pembunuhan beramai-ramai yang meragut 50 nyawa itu disiarkan secara penstriman langsung dan tersebar dengan cepat di internet…

Taiwan Tidak Bimbang Latihan Tentera China

M Update, 16/04/2019 – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen hari ini berkata, pulau yang ditadbir sendiri itu tidak merasa terancam dengan penganjuran latihan ketenteraan China minggu ini. Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan gerakan latihan ketenteraan terbaru itu sebagai satu bentuk ‘paksaan’ dan ancaman terhadap kestabilan di rantau ini. Ing-wen…

14 Maut Pertempuran Di Kem Penempatan Terbesar Sudan

M Update, 16/04/2019 – Insiden berkenaan berlaku Sabtu lalu di kem Kalma, Selatan Sudan iaitu penempatan terbesar penduduk yang kehilangan rumah akibat peperangan. Seramai 14 orang maut dalam pertempuran di kem penempatan di Darfur, lapor agensi berita rasmi SUNA semalam. Pemangku Gabenor. Jeneral Hashim Khalid dipetik SUNA sebagai berkata, 14…

Kes Campak AS Naik 20 Peratus Angkara Gerakan Anti Vaksin

M Update, 16/04/2019 – Data baharu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit itu menunjukkan wujud tambahan 90 kes disahkan, setakat 11 April berbanding minggu sebelumnya yang menjadikan jumlah keseluruhan 555 kes, tahun ini. Kes demam campak di Amerika Syarikat melonjak hampir 20 peratus, sejak seminggu lalu, kepada 555 kes walaupun…

Iran Sedia Dana RM8 Bilion Bantu Mangsa Banjir

M Update, 15/04/2019 –  Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan sudah meluluskan peruntukan sehingga AS$2 bilion (RM8.2 bilion) dari dana pelaburan negara, bagi membiayai pemberian bantuan dan pelan pembangunan semula susulan kejadian banjir, baru-baru ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Abdolreza Rahmani Fazli, berkata hujan lebat yang melanda seluruh negara…

Padah Tanggal Tudung Wanita Dipenjara Setahun

M Update, 15/04/2019 –  Seorang wanita Iran yang menanggalkan tudung dalam satu bantahan umum dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi diampunkan pemimpin agung negara itu, kata peguamnya. Payam Derefshan memberitahu, hukuman dijatuhkan ke atas Vida Movahed Mac lalu selepas mendapati beliau bersalah menggalakkan ‘rasuah’ awam. Movahed ditahan November lalu. Derefshan, yang…

Penunjuk Perasaan Sudan Tuntut Pembentukan Kerajaan Awam ‘segera’

M Update, 15/04/2019 – Ribuan penunjuk perasaan masih berkhemah di luar ibu pejabat tentera di sini untuk mengekalkan tekanan ke atas majlis tentera yang mengambil alih kuasa selepas menyingkirkan Omar Khamis lalu. Penunjuk perasaan Sudan semalam menuntut pemerintah tentera negara itu ‘segera’ menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam yang seterusnya membawa…