M Update, 22/03/2021 – Bermula esok, Perlis membenarkan jemaah yang hadir bersama ahli keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini. Bagaimanapun, kebenaran merapatkan saf itu tidak diberi untuk jemaah lain yang masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku…
M Update, 18/03/2021 – Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata ketetapan baharu itu dibuat selepas mendapat…
M Update, 16/03/2021 – Orang ramai diminta tidak perlu gusar atau bimbang untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepanjang Ramadan, kerana ia tidak membatalkan puasa. Mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia tidak membabitkan rongga terbuka. Malah, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.…
M Update, 16/03/2021 – Satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang-undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalimah Allah akan diadakan hari ini. Menerusi perkongsian di portal al-Bayan, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat…
M Update, 11/03/2021 – Keputusan muktamad mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini dijangka diketahui sekitar bulan Ramadan setelah mendapat maklum balas rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika dibenarkan pelaksanaan rukun Islam kelima itu, pemilihan jemaah Malaysia…
M Update, 10/03/2021 – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah “Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka. Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Nor Bee Ariffin, selepas membenarkan semakan kehakiman oleh Jill Ireland, yang…
M Update, 10/03/2021 – Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini. “Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan. Apabila…
M Update, 03/03/2021 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan berkata ia membabitkan tindakan seorang artis yang mendakwa dirinya transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan. Beliau berkata, begitu juga…
M Update, 19/2/2021 – Sabah membenarkan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau diperluaskan kepada satu pertiga daripada ruang solat bermula hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu diberikan selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menggantikan…
M Update, 18/2/2021 – Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu subuh esok. “Semua aktiviti adalah dibenarkan dan perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP)…