Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Pantau Tahanan : Lokap Polis Bakal Dilengkapi CCTV

M Update, 20/9/2019 – Sebanyak 756 lokap polis di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha memantau isu keselamatan tahanan, sekali gus mempertingkatkan integriti pasukan keselamatan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata pemasangan CCTV itu dijangka selesai hujung tahun ini dengan membabitkan…

Kempen Tabung Pahlawan 2019 Sasar Kutipan RM6 Juta

M Update, 20/9/2019 – Kementerian Pertahanan menyasarkan kutipan Kempen Tabung Pahlawan 2019 akan mencapai RM6 juta. Berikutan itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk Majlis Makan Malam Amal (Oktober 2019), Larian Amal Veteran ATM dan ‘flashmob’ bagi memastikan sasaran dapat dicapai. Sumbangan tabung berkenaan akan…

Keselamatan Jalan Raya Ketika Jerebu

M Update, 19/9/2019 – Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pemanduan dan penunggangan yang lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan jalan raya ketika musim jerebu. Ketua Pengarahnya Dr Siti Zaharah Ishak berkata walaupun rekod daripada pangkalan data Polis Diraja Malaysia menunjukkan kemalangan lebih banyak berlaku…

Permintaan Topeng N95 Terus Meningkat

M Update, 19/9/2019 – Permintaan bagi topeng jenis N95 terus meningkat sekaligus mengakibatkan stok dalam pasaran berkurangan kerana orang ramai lebih sedar akan kepentingan memakai topeng itu sebagai pelindung daripada jerebu yang menyelubungi sebahagian besar negara. Walaupun terdapat pelbagai jenis penutup hidung dan mulut dalam pasaran, namun hanya topeng jenis…

Jerebu : 7 Lokasi Catat IPU Tak Sihat

M Update, 19/9/2019 – Lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat sehingga jam 9 pagi ini. Berdasarkan aplikasi MyIPU Jabatan Alam Sekitar, lokasi terbabit adalah Balik Pulau, Pulau Pinang yang merekodkan bacaan IPU 210. Namun, ia mencatatkan sedikit penurunan berbanding 262 pada jam 4 petang…

Jerebu – Dua Penerbangan Patah Balik, Satu Dilencongkan

M Update, 18/9/2019 – Dua penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpatah balik hari ini berikutan jarak penglihatan terhad ekoran jerebu yang semakin teruk di negeri ini. Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata kedua-dua penerbangan itu masing-masingnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan…

Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya masih ditutup

M Update, 18/9/2019 – Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad, berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah mencecah 200 mulai 6 pagi ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah…

Harimau Kumbang Pula Muncul Di Dungun

M Update, 17/9/2019 – JIKA dua bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan kemunculan dua harimau spesies Malaya di Kampung Besul Lama dekat Bukit Besi di Dungun, kini harimau kumbang pula dilihat berlegar-legar tidak jauh dari kawasan yang sama. Harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah…