Input your search keywords and press Enter.

Proton Lancar Exora Baharu 2019

M Update, 28/5/2019 – Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan model ‘facelift’ kenderaan pelbagai guna (MPV), PROTON Exora 2019. Pelancaran MPV itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. Harga jualan bermula dari RM59,800 untuk varian Executive 1.6T CVT dan RM66,800 untuk Premium 1.6T CVT, tidak termasuk…

Pemandu Grab Disamun, Dibunuh

M Update, 28/5/2019 – Seorang pemandu Grab dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata, hasil siasatan polis dan kerjasama daripada Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab…

37 Jam Terperangkap Dalam Perigi

M Update, 28/5/2019 – Seorang lelaki berumur 70 tahun dari Sitiawan, Perak dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 13 kaki ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit pada 23 Mei yang lalu. Sepanjang terperangkap di dalam perigi itu selama 37 jam, lelaki itu terpaksa meminum air perigi yang kotor…

Pemandu, Kelindan Maut Lori Simen Jatuh Gaung

M Update, 28/5/2019 – Pemandu sebuah lori tangki dan kelindannya maut selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas sebelum memasuki gaung sedalam kira-kira 10 kaki dalam satu kejadian di Jalan Ulu Tiram, pukul 7.38 pagi ini. Penguatkuasa Bomba Kanan II, Anuar Amdzah memaklumkan, kemalangan itu turut mencederakan seorang lagi mangsa yang…

Agong, Permaisuri Rai Golongan Asnaf Berbuka Puasa

M Update, 28/5/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiri majlis berbuka puasa bersama agensi agama dan asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, semalam. Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ketibaan baginda di Masjid Wilayah Persekutuan itu disambut…

Suriyati Diminta Hadir Ke Mahkamah

M Update, 28/5/2019 – Polis mengesan seorang wanita yang dikehendaki untuk perbicaraan satu kes dadah di mahkamah, Khamis ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14 Gong Pasir, di sini. Suriyati dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes…

Dr M : Kerajaan Belum Putus Kurang Kadar Tol

M Update, 28/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih belum memutuskan sebarang mekanisme bagi mengurangkan kadar tol. Perdana Menteri berkata, memang ada cadangan pihak swasta untuk mengurangkan kadar tol, tetapi ia tidak sampai membabitkan penurunan sehingga 25 peratus. Pada masa ini, kita belum dapat tentukan apa yang kita…

KTMB Tambah Perkhidmatan ETS Balik Raya

M Update, 28/5/2019 – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar bagi menampung permintaan tinggi sempena cuti hari raya Aidilfitri ini. KTMB dalam satu kenyataan, berkata pertambahan dua jajaran tren itu adalah bagi perjalanan yang akan dibuat di…