Input your search keywords and press Enter.

Trafik Sesak Hari Ini

M Update, 7/2/2019 – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 12 tengah hari Khamis. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara bergerak perlahan dari arah tol Sungai Besi menuju pusat bandar raya dan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar. “Aliran trafik turut dilaporkan perlahan…

Buang Janin Bayi di Presint 18, Putrajaya

M Update, 7/2/2019 – Seorang pekerja pembersihan terkejut selepas menemukan satu janin bayi dalam lori sampah Alam Flora di Presint 8, di sini pagi tadi. Kejadian pada pukul 9.25 pagi itu berlaku ketika pekerja wanita kontraktor pembersihan Alam Flora sedang membersihkan rumah sampah di Blok D, Apartment P18. Ketua Polis Daerah…

Emma Tak Pakai Tudung, Salah Syed Abdullah

M Update, 7/2/2019 – Abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat kecaman warganet apabila dia dituduh menjadi punca pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak lagi bertudung. Syed Abdullah Syed Abdul Rahman diserang netizen menerusi laman sosialnya gara-gara keputusan Emma untuk membuka hijab dikhalayak. Ada dalam kalangan…

Jumlah Tabung Harapan Malaysia cecah RM202,716,775.10

M-Update,7/2/2019, PUTRAJAYA: Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) mencecah sebanyak RM202,716,775.10. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementerian kini dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. “Bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti, satu…

Kereta Kena Simbah Asid

M Update, 7/2/2019 – Gara-gara meletakkan kereta di ruang parkir Kuarters Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, dekat sini, kereta milik seorang wanita disimbah dengan asid dipercayai kerana perbuatan khianat. Tanpa mendedahkan butiran lanjut kes itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supritendan Yusuf Uni berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 46…

Ajaran Sesat Mencemari Kesucian Islam

Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian Islam adalah dakwaan bahawa semua agama adalah sama atau mendakwa penyatuan semua agama termasuk Islam ke dalam satu agama baharu. Contohnya, ajaran PLURALISME yang mendakwa tiada satu pun agama tunggal dan eksklusif yang boleh disifatkan sebagai agama yang benar atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai…

Lenyapkan ‘Melaka Darul Jem’

M-Update, 7/2/2019, Kerajaan Melaka mahu membina tiga jejantas baharu di lokasi persimpangan strategik dan laluan utama bagi menangani kesesakan lalu lintas di negeri ini. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi  Abdul Wahab berkata, setakat ini terdapat lima lokasi penting yang memerlukan jejantas penguraian trafik namun…

Empat Beranak Maut Nahas

M-Update,7/2/2019, KOTA TINGGI: Empat beranak terbunuh dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 55 Jalan Kluang-Kota Tinggi, di sini, tengah malam tadi. Mohd Firdaus Januri, 34, dan isterinya Norlia Osman, 33, bersama dua anak mereka iaitu Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4, disahkan…

Malaysia di kedudukan pertama kategori Penjagaan Kesihatan Indeks Persaraan

M-Update,7/2/2019, Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata. Memetik akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital yang memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) di negara ini, dan hampir kesemua doktor fasih berbahasa Inggeris. Malah, kebanyakan doktor…

Anggota PASKAL maut terkena bom

M-Update,7/2/2019, PERMAISURI: Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas terkena bom ikan ketika memukat ikan bersama tiga ahli keluarganya di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, yang…