Input your search keywords and press Enter.

SKMM pantau akaun media sosial sebar video serangan maut

M Update, 20/3/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menutup akaun media sosial melanggar terma perkhidmatan berhubung penularan video penstriman serangan maut di Masjid Al Noor, Christchurch, Jumaat lalu. SKMM dalam satu kenyataan media, hari ini, memaklumkan sudah menghubungi pengendali platform media sosial untuk memadamkan video versi penuh…

Jerebu – Hentikan Pembakaran Terbuka

M Update, 20/3/2019 – Cuaca panas di Sarawak sejak lebih seminggu lalu dikhuatiri mencetuskan fenomena jerebu di negeri ini. Walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 10 stesen di Sarawak hari ini berada pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 59. Bagaimanapun, keadaan itu dikhuatiri berubah jika kegiatan pembakaran terbuka…

Tumpas Akhirnya…

M Update, 20/3/2019 – Selepas hampir setahun diburu kerana mempunyai 32 pelbagai kesalahan jenayah, seorang lelaki akhirnya ditembak mati polis di Jalan Tasek Valdor, Nibong Tebal, pagi tadi. Dalam kejadian jam 3.30 pagi, lelaki yang disenarai sebagai penjenayah dikehendaki sejak tahun lalu itu ditembak selepas cuba berbalas tembakan dengan pihak…

Gempa Lombok: Agong zahir simpati kepada keluarga mangsa

M-Update,20/3/2019, KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mangsa-mangsa kejadian gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia. Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, paling utama dalam pemikiran Seri Paduka ialah dua rakyat…

Suri rumah warga AS maut dipercayai dibunuh suami

M-Update,20/3/2019, PULAU PINANG – Seorang suri rumah warga Amerika Syarikat (AS) dipercayai maut akibat dibunuh suaminya dalam satu kejadian di rumah keluarga wanita berkenaan di Island Glades, Jelutong, di sini semalam. Mangsa, Chin Geok Heong,60, disyaki dibunuh suaminya yang juga warganegara AS berusia 62 tahun selepas laporan bedah siasat yang…

Mangsa rempuhan pesawat meninggal dunia

M Update, 20/3/2019 – Juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah dirempuh sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang semalam disahkan meninggal dunia pada pukul 6.45 petang di sebuah hospital swasta sekitar Subang Jaya. Difahamkan, arwah Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, meninggalkan seorang…

Serangan Masjid NZ – Rahimi Tunjuk Perkembangan Positif

M Update, 19/3/2019 – Mangsa tembakan di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, sudah menunjukkan maklum balas dengan menggerakkan jarinya. Perkembangan itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz ketika melawat Rahimi di Hospital Christchurch, hari ini. Keadaan Rahimi stabil dan positif selepas menjalani pembedahan bagi…