Input your search keywords and press Enter.

Pulangan Besar Diberikan Kepada Rakyat

Hampir 7 dekad TNB telah memperkasakan rakyat dan mentransformasi negara dengan menyalurkan tenaga, membantu menerangi rumah dan tempat kerja, menyalurkan tenaga kepada kilang dan industri, memacu kemajuan dan menawarkan pelbagai peluang serta mengagihkan kekayaan.

TNB telah menjalankan tugasnya kepada negara dengan penuh dedikasi di samping berkongsi sebahagian kejayaan dan keuntungan dijananya dengan rakyat menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat dan dividen. Malah TNB telah memberi kembali kepada negara menerusi sokongan dan sumbangan besarnya kepada masyarakat, antara lain, pelaburan dalam pendidikan seperti penyediaan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar.

Bayaran dividen tinggi olehnya bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur institusi tetapi juga rakyat biasa yang telah menyumbang menerusi caruman daripada pendapatan yang diraih menerusi kerja keras mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pendeposit Tabung Haji, kebanyakannya penduduk luar bandar.

Menjejaki rekod bayaran dividen oleh TNB bagi 16 bulan berakhir 31 Disember 2017, syarikat itu telah membayar RM4.7 bilion kepada pemegang saham, yang merupakan antara bayaran dividen tertinggi oleh sebuah daripada syarikat senaraian utama Malaysia. Di samping memberi manfaat secara langsung kepada pemegang saham, bayaran dividen tinggi ini turut memberikan kesan berganda kepada pelabur institusi seperti KWSP, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan syarikat unit amanah lain yang telah turut menyalurkan pulangan tinggi kepada pemegang akaun mereka.

Bayaran dividen tinggi oleh TNB telah membolehkan KWSP atau dana persaraan pekerja negara ini memberi manfaat kepada hampir 14 juta pemegang akaun dan pada masa yang sama membantu PNB, pengurus dana unit amanah terbesar negara, untuk menyalurkan pulangan tinggi kepada kira-kira 13.2 juta akaun. Selain itu, dalam 660,000 pesara dalam senarainya dan Tabung Haji, dengan lebih sembilan juta pendeposit, turut mendapat manfaat daripada dasar dividen TNB. Disebabkan ini , rakyat mendapat banyak faedah daripada keprihatinan TNB.

Sumber- Berita Harian

Leave a Reply