Input your search keywords and press Enter.

Polis Terima Laporan Dua saksi Inkues Adib Diugut

M Update, 23/4/2019 – Polis mengesahkan menerima laporan polis daripada dua doktor pakar yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata dua doktor pakar dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya dekat sini, kira-kira jam 9.28 malam. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bencana kepada seorang penjawat awam.

Bagaimanapun, pihak polis tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara ini memandangkan prosiding inkues sedang berjalan,” katanya. – HM Online

Leave a Reply