Input your search keywords and press Enter.

Taiping Kini Zon Merah

M Update, 16/10/2020 – Mukim Taiping diisytihar zon merah oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak susulan pengesanan 77 kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, JKN Perak berkata, 48 daripada 52 kes jangkitan baharu yang direkodkan di Perak semalam adalah dari mukim berkenaan. Katanya, 48 jangkitan terbaharu itu membabitkan banduan lelaki berusia antara 35 hingga 65 tahun yang ditempatkan di sebuah pusat tahanan di Kamunting, dekat sini.

Saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 kali pertama dilakukan terhadap semua kes berkenaan pada 3 Oktober lalu disebabkan mereka adalah kontak rapat kepada satu kes positif COVID-19, tetapi keputusannya negatif.

Kes positif itu mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September 2020. Bagaimanapun pada 10 Oktober lalu, dia mula demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan terbabit.

Seterusnya pada 13 Oktober 2020, sampel kedua ujian PCR diambil, dengan keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua pada 14 Oktober 2020 menunjukkan positif,” katanya. Bagaimanapun menurut kenyataan itu, semua mereka yang positif berada di pusat tahanan berkenaan sepanjang 14 hari lalu.