Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Imigresen Malaysia

Tiada Pihak Ketiga Dilantik Urus Program Rekalibrasi – JIM

M Update, 14/01/2021 – Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan Program Rekalibrasi bagi pendaftaran pekerja asing di negara ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berurusan dengan pihak yang mendakwa sebagai ejen dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan kadar bayaran tertentu. “Pendaftaran program ini boleh…

Banjir : Penyeludup Ambil Kesempatan Redah Sungai Golok

M Update, 08/01/2021 – Keadaan paras air yang meningkat akibat banjir yang berlaku di Kelantan diambil kesempatan oleh penyeludup untuk melintasi sempadan Sungai Golok, Thailand-Kelantan bagi menjalankan aktiviti haram mereka. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar yang mendedahkan perkara itu…

JBPM Selangor Selamatkan PATI Terperangkap Dalam Lumpur

M Update, 06/01/2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyelamatkan empat individu, termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap dalam lumpur di Kampung Sungai Serdang, awal pagi tadi. Seorang wanita serta tiga kanak-kanak perempuan berkenaan dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan baru mendarat, sekitar jam 4 pagi tadi. Pengarah…

Kerjasama Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Op Benteng Perlu Diteruskan

M Update, 31/12/2020 – Keberkesanan kerjasama bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan dalam Ops Benteng harus diteruskan, dan bukan hanya dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19 menerusi kemasukan pendatang asing tanpa izin sahaja. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata Ops Benteng yang dilancarkan pada Mei lepas dirancang hanya untuk tempoh masa dua tahun…

Mulai 1 Januari 2021, Pekerja Asing Wajib Jalani Saringan COVID-19

M Update, 22/12/2020 – Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Januari 2021 bagi menangani penularan pandemik itu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan. “Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum…

Kemasukan Haram Warga Asing Akan Diisytihar ‘Persona Non Grata’

M Update, 16/12/2020 – Kerajaan akan menggunakan undang-undang sedia ada termasuk ‘persona non grata’ dalam Op Benteng bagi mengekang kemasukan haram warga asing ke negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tindakan pendatang tanpa izin yang menceroboh masuk ke dalam negara menggunakan laluan tikus merupakan…

1,355 Tahanan Di Depot Tahanan Imigresen Positif COVID-19

M Update, 9/12/2020 – Seramai 1,355 tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DPI) Jabatan Imigresen Malaysia disahkan positif COVID-19 setakat semalam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata berdasarkan statistik sejak 29 Ogos lalu, DPI Bukit Jalil mencatatkan jumlah positif COVID-19 paling ramai iaitu 650 tahanan. “Dalam…

PATI : Imigresen Sasar 250,000 Permohonan Pulang Menjelang Jun Tahun 2021

M Update, 4/12/2020 – Jabatan Imigresen menyasarkan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang, menjelang Jun tahun depan. Kedua-dua program itu adalah dua komponen utama Pelan Rekalibrasi PATI, dimulakan sejak 16 November lalu yang membenarkan mereka pulang…