Input your search keywords and press Enter.

Hasil Tanaman Terjejas Akibat Kemarau

Seperti manusia apabila badan tidak mencukupi air, kita tidak punyai tenaga untuk menghasilkan dan melakukan sesuatu perkara. Begitu juga nasib yang dialami oleh seorang petani di kampong Bendang Luas apabila musim kemarau telah menyebabkan petani tersebut mengalami kerugian yang besar sejak dua bulan lalu akibat tanaman beliau tidak dapat menghasilkan buah tembikai.

Mohd Roslan Mohd Noor seorang petani yang berumur 50 tahun menanam tembikai sebagai hasil pendapatan dalam menyara kehidupan keluarganya sejak 20 tahun yang lalu. Beliau berkata, dengan berlakunya perubahan cuaca kemarau telah menjejaskan tanaman beliau sekaligus menjejaskan pendapatan beliau.  Selalunya beliau mampu peroleh lebih 100 tan tembikau bagi setiap keluasan tanah seluas 8.4 hektar namun perkaraa sebaliknya berlaku apabila hanya 10 tan sahaja hasil yang mampu diperoleh daripada satu hektar selepas kemarau berlaku.

Ekoran cuaca kemarau, banyak pokok yang rosak , kering dan layu telah menyebabkan buah tidak dapat dihaslkan. Akibatnya, hasil tanaman hanya mampu dijual untuk pasaran sekitar Kelantan sahaja berbanding sebelum ini, ia turut dipasarkan hingga ke Kuala Lumpur. Menurut Roslan, kos dalam menghasilkan buah juga meningkat kerana proses mengairi tenaman perlu dilakaukan bermula jam 7 pagi sehingga 10 malam TANPA HENTI.

Kata beliau “saya terpaksa menggunakan tiga enjin pam untuk menyedut air dari kolam berhampiran untuk mengairi tanaman dan kos pembelian diesel turut meningkat kerana penggunaan enjin selama 15 jam tanpa henti”.

Dalam masa yang sama sekiranya kemarau masih berterusan, beliau terpaksa mendalamkan kolam kerana khuatir air yang sedia ada tidak dapat menampung proses pengairan tanaman-tanaman beliau.

Leave a Reply