Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Syatilla, Shaheizy Sam selamat timang anak kedua - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Syatilla, Shaheizy Sam selamat timang anak kedua

M Update, 18/4/2019 – Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15 pagi semalam. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu sebelum ini, dikurniakan anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun.

Sam berkata keluarga kecilnya kini sudah bertambah dengan kehadiran bayi yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan, di sini. Kini, kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan, katanya ringkas dalam satu perkongsian menerusi Instagram.

Bintang Polis Evo itu berkata, kehadiran puterinya itu lebih bermakna kerana ia menjadi hadiah buat ibunya, Kathy Fauziah yang meraikan ulang tahun kelahiran, hari ini. Mommy dapat hadiah hari jadi yang tidak dijual. Mommy dan ‘baby girl’ berkongsi tarikh hari jadi yang sama. Selepas ini, kena beli dua hadiah. ‘Masak’ aku,” usik Sam dalam satu entri lain.

Sementara itu, Syatilla tidak ketinggalan berkongsi rasa syukur di atas kelahiran anak kedua mereka. Alhamdulillah, bayi perempuan kami sudah lahir. Sihat gebu anak perempuan saya. Tadi, sempat buat tutorial mekap dalam bilik pembedahan. Terima kasih suami kerana sentiasa di sisi,” katanya dalam satu perkongsian. – BH Online


Leave a Reply