M Update, 24/4/2019 – Dasyat sangat ni hanya dengan beralaskan tikar dan diterangi lampu telefon bimbit aktiviti berunsurkan pelacuran giat dijalankan di bawah pokok. Namun hal ini dapat dikesan oleh Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di Gelang Petah, semalam.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar kira-kira 9 malam tadi apabila polis melakukan serbuan dan tangkapan di kawasan hutan itu yang disyaki menjadi lubuk aktiviti berunsurkan pelacuran dipercayai aktif sejak kira-kira sebulan lalu.
Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun yang tidak mempunyai pasport kerana disyaki bertindak sebagai penjaga sarang maksiat itu.
Selain itu, dua wanita warga Indonesia yang masing-masing berusia 40 dan 34 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.
Sasaran pelanggan kumpulan itu adalah pekerja warga asing di kawasan berkenaan dengan mengenakan harga servis serendah RM50 dan waktu beroperasi kumpulan itu adalah antara 8 malam hingga 1 pagi.
Sumber : Harian Metro