Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

Ibu Tunggal Mengaku Buang Bayi Di Langkawi

M Update, 3/5/2019 – Seorang wanita ibu tunggal berusia 36 tahun ditahan pada jam 9.30 malam, tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas mengaku membuang bayi di tepi Jalan Kampung Dato Syed Nahar, Mukim Kuah. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil soal siasat terhadap…

Kes bunuh Jong-nam: Warga Vietnam dibebaskan

M Update, 3/5/2019 – Wanita Vietnam yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dibebaskan dari penjara pada hari ini. Doan Thi Huong dibebaskan pada jam 7.20 pagi dari penjara yang terletak di luar Kuala Lumpur, lapor Channel News Asia. Huong sebelum ini mengaku bersalah bulan lalu kepada pertuduhan…

Ribuan pemandu teksi Australia saman Uber

M Update, 03/05/2019 – Firma undang-undang di Australia memfailkan saman terhadap Uber Technologies Inc bagi pihak ribuan pemandu teksi dan kereta sewa di negara itu, menuduh syarikat itu beroperasi secara haram dan menyebabkan mereka berhadapan masalah kewangan. Saman berkenaan, yang difailkan di Mahkamah Agung Victoria oleh firma undang-undang Maurice Blackburn,…

Dr Mahathir : Dasar Kerja Waktu Malam Diperkenalkan

M Update, 3/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk mengalihkan waktu bekerja siang kepada waktu malam dalam sektor pekerjaan tertentu. Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memudahkan pekerja tempatan, terutama mereka yang terpaksa bekerja di tengah panas. Katanya, ia juga sebagai langkah menggalakkan rakyat bekerja dalam…

India naikkan duti import Minyak Sawit

Duti import minyak sawit mentah (MSM) dinaikkan oleh Kerajaan India sebanyak AS$5(RM20.7) setan metrik dan AS$9 (RM37.26) setan metrik keatas olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD). Tariif yang disemak semula ke atas minyak sawit mentah dan komoditi yang lain itu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan India dan mengikut struktur…

Takziah Tan Sri Musa Hassan

M Update, 3/5/2019 – “Isteri saya sediakan kain kafan sendiri sebelum meninggal dunia,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pembantu rumahnya selepas isterinya, Juriah Ahmad meninggal dunia jam 10.17 malam tadi. Juriah meninggal dunia di rumah mereka di Jalan Chawan, Seksyen…

Perairan Sungai Golok Di Pantau

M Update, 3/5/2019 – Pangkalan haram di perairan Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand di Kelantan bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Tumpat, kini di bawah kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA). Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, penguatkuasaan kawalan di sempadan terbabit sebelum ini dilakukan oleh pihak Angkatan…

Raja Maha Vajiralongkorn ditabal Sabtu ini

M Update, 02/05/2019 –  Kerajaan Thailand sedang bersiap sedia untuk majlis pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn, yang bakal berlangsung mulai Sabtu ini, mengikut upacara keagamaan Hindu dan Buddha. Majlis pertabalan pada 4 Mei hingga 6 Mei itu diadakan selepas lebih dua tahun kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016. Mendiang…